Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Buat Kali Pertama! Lagu Rasmi Malaysia Madani Dinyanyikan Oleh Bunkface

Kumpulan Bunkface mempersembahkan lagu rasmi Malaysia Madani buat kali pertama dalam program dialog anak muda Temu Anwar di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur hari ini.

Menurut laporan Astro Awani, lagu berdurasi dua minit empat saat itu dinyanyikan di hadapan lebih kurang 8,000 peserta dalam kalangan belia yang menyertai program tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan menghadiri program berkenaan dikendalikan oleh pelakon popular, Amelia Henderson.

Sementara itu, Anwar menerusi sebuah hantaran di laman Facebook menyeru orang ramai menghayati lagu Malaysia Madani supaya dapat menyelami setiap nilai dalam gagasan yang diperkenalkan oleh beliau.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Dengan rentak kita satukan semangat rakyat. Dengan nada kita padukan seluruh suara.
“Dengarkan dan hayati lagu rasmi #MalaysiaMADANI penuh bertenaga dari Bunkface agar setiap nilai #MalaysiaMADANI subur dalam jiwa seluruh anak bangsa,” katanya.

Terdahulu, Anwar mengumumkan Malaysia MADANI sebagai kerangka dasar bagi memartabatkan semula negara sebagai negara makmur berteraskan enam tonggak utama KeMampanan, KesejAhteraan, Daya cipta, HormAt, KeyakiNan, Ihsan.

Sumber: Astro Awani (Irfan Faruqi), Facebook Anwar Ibrahim

+ posts

Avatar
Written By Nor Hidayah

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan cedera parah selepas dipercayai dilanggar oleh pemandu mabuk pada Sabtu. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Persatuan...

Kolumnis

Malaysia sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 33.7 juta (DoSM, 2024). Daripada jumlah penduduk ini, generasi dan usia dibahagikan kepada beberapa lapisan iaitu...

Lokal

Seorang bayi perempuan baru dilahirkan ditemui berbalut dengan kain batik dalam kotak di atas jalan berhampiran Gua Tempurung di Gopeng, Ahad lalu. Memetik laporan...

Lokal

Empat dewan bedah di Pusat Jantung Hospital Serdang dilaporkan sudah tidak boleh digunakan kerana kesemuanya menghadapi masalah penyelenggaraan. Memetik laporan The Star, Hospital Serdang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd