Jenazah guru pelatih yang meninggal dunia akibat renjatan elektrik ketika membantu melakukan kerja pasca banjir di sebuah sekolah di Segamat, Johor dijangka akan dikebumikan di kampung halamannya di Sabah.
Menurut laporan BH Online, jenazah Saiful Asyraf Mukhtar masih ditempatkan di Jabatan Forensik, Hospital Daerah Segamat (HDS) sementara dituntut oleh warisnya.
Selasa pagi akan diterbangkan ke Sabah
https://www.facebook.com/s1771.ruh41d4h/posts/pfbid0fq8wrDyGoUB8PG4GFfW1bpQPJaZ3qMKeK7PfxvG2y7HpcsJavu2FMxtEcAkc4dXBl
“Jenazah masih berada di Jabatan Forensik HDS, belum dituntut kerana waris bercadang membawanya pulang untuk dikebumikan di Membakut, Penampang.
“Proses membabitkan urusan penerbangan untuk membawa jenazah biasanya mengambil masa,” kata sumber.
Waris dan ahli keluarga Allahyarham yang berusia 21 tahun itu dipercayai sibuk menguruskan beberapa perkara berkaitan dokumen sebelum menuntut jenazah.
Segamat – KLIA – Kota Kinabalu
https://www.facebook.com/mdariff.ali/posts/pfbid0bYgfy9wzmE4B9NELy1XAq4sdaQvgXLafXfvGuSipaqE8bx9PLFpcGS4rh7qigNz6l
Semalam, media melaporkan guru pelatih dari Institiut Pendidikan Guru (IPG) Bahasa Antarabangsa Kuala Lumpur itu maut selepas terkena renjatan ketika sedang membersihkan kerusi dan meja di luar makmal Sekolah Kebangsaan (SK) Pogoh.
https://www.facebook.com/syamsymunirah.elly/posts/pfbid02noyiSHseqW7kF1td2zjetXbe1upf4SfZHBkNMZ6namynQ5PvZrBvWPdQ9unFy6w1l
Difahamkan, Allahyarham yang hadir bersama sekumpulan rakan guru pelatih sedang menggunakan alat penyembur air atau ‘water jet’ sebelum berlaku renjatan yang kemudiannya rebah.
Sumber: BH Online (Ahmad Ismail), Facebook search