Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Peminat Luah Teruja, Song Ji Hyo Bakal Datang Malaysia Selama 2 Hari!

Pelakon terkenal Korea Selatan, Song Ji Hyo mengesahkan dia bakal kembali ke Malaysia selama 2 hari iaitu pada 17 dan 18 Mac di acara yang akan berlangsung di Sentul Depot, Kuala Lumpur.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Glutanex di laman Instagramnya, aktres yang berusia 41 tahun itu akan hadir ke Malaysia  sekali lagi sebagai tetamu istimewa bagi memeriahkan lagi booth jenama kecantikan itu yang bakal dibuka di ‘K-Beauty Festa’ anjuran Watsons Malaysia.

View this post on Instagram

A post shared by Glutanex Malaysia Official (@glutanex.my.official)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Wah terujanya!

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terutamanya dalam kalangan peminat meluahkan rasa teruja selebriti kegemaran ramai itu hadir ke Malaysia sebagai duta jenama Glutanex untuk kali kedua.

Difahamkan juga, pelbagai aktiviti yang menarik disediakan di sana seperti Watsons Malaysia turut sediakan seperti nasihat penjagaan kulit daripada jenama terkenal Korea, sewa Hanbok, persembahan K-Pop dan sebagainya.

Sumber: Instagram @glutanex.my.official

Advertisement. Scroll to continue reading.
+ posts

Nur Ain
Written By Nur Ain

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan cedera parah selepas dipercayai dilanggar oleh pemandu mabuk pada Sabtu. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Persatuan...

Kolumnis

Malaysia sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 33.7 juta (DoSM, 2024). Daripada jumlah penduduk ini, generasi dan usia dibahagikan kepada beberapa lapisan iaitu...

Lokal

Seorang bayi perempuan baru dilahirkan ditemui berbalut dengan kain batik dalam kotak di atas jalan berhampiran Gua Tempurung di Gopeng, Ahad lalu. Memetik laporan...

Sosial

Seorang pempengaruh media sosial yang berasal dari Sumatera Indonesia bertindak mengkritik seorang wakil rakyat mengenai kerosakan jalan di Kabupaten Lampung Selatan melalui beberapa hantaran...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd