Pelik tapi benar, penduduk di China telah digemparkan dengan satu fenomena yang aneh dimana negara tersebut telah dilanda ‘hujan cacing’ sehingga terpaksa menggunakan payung untuk keluar dari rumah.
Mana tidaknya, pada Rabu lalu, tular di media sosial sebuah video yang memaparkan keadaan di sekitar kawasan bandar dipenuhi dengan cacing di atas jalan malah menutupi kereta penduduk.
'Rain of worms' floods Beijing
A "rain of worms" flooded Beijing this week, according to videos posted on social networks. In the images, it is possible to see the "animals" covering streets and vehicles. pic.twitter.com/V2uaX6Oowk
— The Rio Times (@TheRioTimes) March 8, 2023
Menurut laporan Daily Star, penduduk dinasihatkan supaya menggunakan payung apabila mahu keluar dari rumah masing-masing bagi menggelakkan terkena cacing yang mungkin jatuh daripada atas.
Bagaimanapun, pihak kerajaan China masih tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan susulan kejadian aneh itu, namun pelbagai spekulasi telah dicetuskan oleh orang ramai.
Ada yang mendakwa fenomena tersebut berlaku disebabkan daripada sejenis bunga yang banyak ditanam di kawasan sekitar bandar raya tersebut.
Jelasnya, bunga itu dikatakan mengeluarkan banyak benih dan sering disalah anggap sebagai ulat atau cacing apabila ia luruh ke tanah.
Dakwaan lain pula mengatakan ia adalah cacing yang jatuh yang dibawa oleh angin yang kencang namun, sejauh mana kebenaran teori itu tidak dapat dipastikan lagi.
Sumber: Daily Star