Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dua Ceramah Dibatal, JAIS Sahkan Ustaz Wadi Annuar Tiada Tauliah Di Selangor

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar tiada tauliah mengajar agama Islam di Selangor.

Menurut laporan BH Online, Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, pihaknya menegaskan bahawa nasihat diberikan kepada pihak penganjur bagi sesi ceramah pendakwah itu adalah selaras dengan ketetapan tersebut.

“Menurut Seksyen 118, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 Pindaan 2016 yang menetapkan hanya Jawatankuasa Tauliah…
“…yang mempunyai bidang kuasa memberikan tauliah bagi maksud pengajaran agama Islam atau apa-apa perkara tentang agama Islam di Selangor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Shahzihan berkata, pihaknya maklum berhubung posting dimuat naik di laman Facebook miliki Ustaz Wadi Annuar semalam mengenai pembatalan dua ceramah di Selangor yang kemudian dikongsi semula oleh Facebook Harakahdaily.

“JAIS kesal dengan tindakan individu dan pihak tertentu yang membuat hantaran-hantaran kurang tepat tentang prinsipal di media sosial.
“Ini mewujudkan persepsi tidak baik terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, pihak Berkuasa Agama dan kerajaan negeri Selangor,” ujarnya.

Semalam, Ustaz Wadi Annuar memaklumkan ceramah yang dijadualkan berlangsung pada 10 dan 11 Mac ini di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam dan Padang Astaka Tanjung Karang, Selangor terpaksa dibatalkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walau bagaimanapun, beliau tidak berkongsi lebih lanjut mengenai pembatalan kedua-dua ceramah berkenaan sekali gus menimbulkan pelbagai spekulasi netizen.

Sumber: BH Online (Ruwaida Md Zain)

+ posts

Avatar
Written By Nor Hidayah

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan cedera parah selepas dipercayai dilanggar oleh pemandu mabuk pada Sabtu. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Persatuan...

Kolumnis

Malaysia sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 33.7 juta (DoSM, 2024). Daripada jumlah penduduk ini, generasi dan usia dibahagikan kepada beberapa lapisan iaitu...

Dunia

Bekas menteri di Kazakhstan dijatuhkan hukuman penjara 24 tahun atas kesalahan memukul dan membunuh isterinya pada November tahun lalu. Memetik laporan The Astana Times,...

Lokal

Empat dewan bedah di Pusat Jantung Hospital Serdang dilaporkan sudah tidak boleh digunakan kerana kesemuanya menghadapi masalah penyelenggaraan. Memetik laporan The Star, Hospital Serdang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd