Selepas tular penempatan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang diserbu baru-baru ini di Nilai Negeri Sembilan, nampaknya masih ada lagi penempatan yang hampir sama dihuni golongan itu.
Menerusi perkongsian laporan dari Harian Metro, Perkampungan PATI dekat Bandar Ainsdale yang dulunya merupakan penempatan pekerja buruh binaan warga asing yang terbabit dengan projek perumahan telah dibangun dan dihuni puluhan lagi PATI yang lain.
Tinggal lepas permit tamat
Menerusi tinjauan sumber, kumpulan pekerja itu dikatakan terus tinggal di kawasan itu walaupun permit pekerjaan sudah tamat tempoh.
Ia semakin berkembang apabila rakan senegara turut sama tinggal di situ dan bekerja di tempat lain.
Bercucuk tanam, pelira ayam itik
Lebih mengejutkan lagi, mereka bukan sahaja mempunyai kereta tetapi turut bercucuk tanam seperti betik, ubi, pandan dan pisang dibelakang rumah serta menternak ayam seakan berada di kampung.
Menurut salah seorang penghuni penempatan tersebut, bekalan elektrik diperoleh menerusi generator dan sekurang-kurangnya ada 3 generator berada disana serta masing-masing berkongsi membeli bahan api.
Bekalan air pula diperoleh daripada bukit yang digunakan untuk urusan sehari-harian.
“Bekalan air pula diperolehi dari bukit, kami menyambung paip ke kawasan ini bagi mendapatkan air untuk kegunaan mandi, masak dan sebagainya,” kata sumber.
https://www.facebook.com/imigresen/posts/pfbid023aj9MPMTQwMPyHVFqVuTXfYs9GQms52fmwwPjAKdhLWq14rTZ4mgFwcWGCWTSBAyl
Dikawasan tersebut juga difahamkan mempunyai surau dan kedai runcit untuk membolehkan penghuni berbelanja.
Penempatan mungkin dibina hamprir 5 tahun
Dalam pada itu, Pengarah JIM Negeri Sembilan, Kennith Tan Ai Kiang memaklumkan yang penghuni di kawasan berkenaan kebanyakkannya bekerja secara sah di sini namun tidak pulang selepas permit tamat tempoh.
Daripada maklumat yang kami terima, mereka tinggal di situ sebab ada yang bekerja di kawasan berhampiran, namun apabila projek selesai, mereka terus tinggal di situ. Penempatan tersebut mungkin dibina lebih kurang lima tahun.
“Sebelum ini ada antara mereka bekerja secara sah tetapi apabila permit tamat, mereka terus menetap dan kami tahan mereka atas kesalahan tinggal lebih masa,” katanya.
Memetik laporan dari Bernama, difahamkan, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sembilan menahan 32 pendatang tanpa izin termasuk 15 wanita dan seorang kanak-kanak perempuan dalam serbuan di sebuah penempatan haram berhampiran Bandar Ainsdale di sini, awal pagi kelmarin.
Mereka yang tinggal di kawasan itu berumur lingkungan satu hingga 61 tahun itu. Seramai 47 warga asing diperiksa dan daripada jumlah itu, 32 ditahan, manakala bakinya tidak ditahan kerana mempunyai dokumen perjalanan sah.
Antara kesalahan yang dikenal pasti ialah tiada dokumen pengenalan diri dan tinggal lebih masa serta lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
Kesemua tahanan akan ditempatkan di Depot Imigresen Lenggeng untuk tindakan lanjut dan pihak imegresen sedang mengenal pasti sama ada penempatan berkenaan didirikan atas tanah milik persendirian atau tanah kerajaan negeri yang diteroka secara haram.
Sumber: FB Jabatan Imigresen Malaysia, Harian Metro (Ahmad Hasbi), Bernama