Pengasas kumpulan zikir ‘Asmaul Husna’ yang juga merupakan bekas pensyarah, Wan Maseri Wan Mohd, 59 telah dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah atas pertuduhan menyebarkan ajaran salah kepada masyarakat Islam di kediamannya di Kuala Pilah.
Memetik laporan dari Sinar Harian, tertuduh mengaku tidak bersalah di hadapan hakim Hakim Ruzita Ramli selepas pertuduhan dibacakan.
Mengaku jurutaip Allah?
Difahamkan, tertuduh telah menyebarkan ajaran salah kepada sekumpulan orang Islam dengan menyatakan antara lainnya bahawa dirinya merupakan ‘Jurutaip Allah’ dan roh manusia adalah daripada ‘Zat Allah’ serta segala tindakannya adalah berdasarkan arahan terus dari Allah.
Kesalahan tersebut dilakukan pada27 Februari 2023 di kediamannya kira-kira jam 9.45 pagi. Tertuduh dan 17 pengikutnya berusia antara 20 hingga 60 tahun ditahan. Kebanyakannya mereka merupakan suri rumah dan tinggal di luar Negeri Sembilan.
Susulan daripada itu, tertuduh telah didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 52 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 pindaan 2019 dan sabit kesalahan boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun ataupun kedua- duanya.
Walau bagaimanapun, mahkamah menetapkan jaminan RM4,500 kepada seorang penjamin kakitangan awam dan 4 April depan sebagai tarikh perbicaraan.
Sumber: Sinar Harian (Syamilah Zulkifli)