Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila seorang model terkenal Hong Kong, Abby Choi telah dibunuh dengan kejam sekali oleh ahli keluarga bekas suaminya.
Difahamkan, mayat Choi ditemui di sebuah rumah kampung yang didirikan sebagai tapak penyembelihan dan apa yang lebih menyayat hati, badannya disimpan dalam peti sejuk namun kepalanya masih dalam carian polis.
Bagaimanapun, menerusi laporan mStar, bekas suami model yang berusia 28 tahun itu telah berjaya ditahan polis selepas cuba melarikan diri dari China dengan menggunakan jalan air di sebuah jeti terpencil kawasan Tun Chung di daerah Lantau.
Terdahulu, polis telah memberkas abang kepada bekas suami Choi dan kedua ibu bapanya bagi memberikan maklumat untuk membantu siasatan.
Choi dilaporkan hilang pada hari Rabu dan didakwwa kali terakhir dilihat oleh abang bekas suaminya yang juga bekerja sebagai pemandunya.
Pihak polis mendedahkan punca pembunuhan itu adalah disebabkan mangsa dan keluarga bekas suaminya mempunyai banyak pertikaian kewangan yang melibatkan jumlah yang besar. Disebabkan itulah, seseorang tidak berpuas hati dengan cara mangsa mengendalikan asetnya.
Sumber: mStar