Kelantan FC menjadi kelab bola sepak pertama di negara ini yang mengharamkan pengunjung membawa permainan lato-lato masuk ke dalam stadium.
Menurut laporan Kosmo!, pemilik kelab tersebut, Norizam Tukiman atau lebih dikenali dengan panggilan Zamsaham memaklumkan perkara itu menerusi sebuah hantaran di laman Facebook hari ini.
https://www.facebook.com/zamsaham/posts/pfbid02kTM8QVQicVqLoW5iUrNEpVNyR2XmTYQ1uEp6cGdK4atyt8ojZKUE1X1wjuAD3LHtl
“Lato-lato diharamkan masuk ke stadium untuk perlawanan petang ini,” tulisnya.
Aksi perlawanan Liga Super Malaysia 2023 yang bermula sejak semalam menampilkan pasukan Kelantan FC menentang pasukan Kuching City FC di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, petang tadi.
Walau bagaimanapun, berdasarkan kemas kini terbaharu melalui laporan Sinar Harian, pasukan terbabit tewas kepada Kuching City FC 1-2.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat sukan bola sepak menyambut baik keputusan tersebut dengan menyifatkan permainan itu mendatangkan pencemaran bunyi sekali gus mengganggu tumpuan orang ramai.
Terbaik! Bahaya.. dah la bising
Bahaya benda keras, kalau terkena kepala…
Sumber: Kosmo!, Sinar Harian