Polis mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melepaskan tembakan ketika mengejar suspek disyaki penyeludup ketum di kawasan sempadan Malaysia-Thailand tengah hari semalam.
Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Mulkiaman Manzar berkata, anggota tersebut melepaskan beberapa das tembakan selepas motosikalnya dihimpit kenderaan jenis Toyota Hilux.
Foto media sosial
Foto media sosial
“Tembakan dilepaskan menyebabkan kenderaan bernombor pendaftaran Thailand itu terbabas.
“Sebelum itu, sepasukan anggota tentera yang membuat rondaan bertindak mengekori kenderaan yang keluar dari kawasan hutan dan dipandu dalam keadaan mencurigakan itu,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
Foto media sosial
Sebelum ini, media melaporkan dua lelaki ditahan selepas cuba melarikan diri dengan sebuah pacuan empat roda yang disyaki berisi daun ketum sehingga bertaburan sewaktu terbabas.
Foto media sosial
Foto media sosial
Disebabkan kemalangan itu, salah seorang suspek cedera di kaki dan seorang lagi luka di kepala sebelum dibawa ke Hospital Kuala Nerang (HKN) bagi rawatan lanjut.
Walau bagaimanapun, anggaran berat bungkusan itu belum dipastikan dan kes disiasat di bawah kanun keseksaan dan Akta Racun 1952.
Sumber: Sinar Harian (Nurul Hidayah Hamid)