Seorang pegawai kanan polis disahkan meninggal dunia apabila ditembak sendiri oleh isterinya sendiri di kediaman mereka pada petang, Ahad lalu.
Menurut laporan The Thaiger, isteri mangsa telah menembak suaminya yang bernama Leftenan Jeneral Panya Pinsuk di bahagian dada dan tulang selangka.
Bukan itu sahaja, pihak polis yang menerima laporan tersebut segera ke lokasi kejadian di daerah Thawi Watthana, Bangkok dan apa yang menyayat hati, jasad mangs ditemui disebelah kereta sedan Toyota berwarna perak di hadapan rumah.
Difahamkan, Isteri mangsa, Pornprapha Pinsuk telah bertindak sedemikian kerana tertekan dengan masalah peribadi dan keluarga sehingga sanggup membunuh suaminya di tangan sendiri.
Malah, Pornprapha Pinsuk turut mengakui membunuh suaminya itu dan polis telah menemui revolver.38 di atas almari dan sepucuk pistol Glock di atas lantai rumah mereka.
Sumber: mStar