Lagenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei berpendapat supaya orang ramai menganggap bekas pemain badminton pelapis percubaan negara, Bong Guang Yik yang menyentuh sensitiviti perkauman sebagai sebiji epal yang busuk.
Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh chong Wei baru-baru ini menerusi sebuah hantaran di laman Facebooknya yang turut memuji tindakan pantas Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dalam menyelesaikan isu tersebut.
https://www.facebook.com/leechongweiofficial/posts/pfbid02p25M6NtUakJwUFna29Phw2ezm63nTu8P9R8eY7NnaxBVGgstFWHzJ5oqSpTCHjMZl
“Sukan menjunjung rasa hormat dan tidak menerima perkauman.Jangan sesekali demi mengejar nak terkenal, sanggup menghancurkan keharmonian rakyat yang keeratan bukan dibina sehari dua, tetapi berdekad-dekad.
“Anggaplah dia sebiji epal busuk, kawan-kawan. Terima kasih kepada YB atas kecerdikan and kepantasan mengendalikan isu ini,” katanya.
Terdahulu, tular video di laman sosial yang memaparkan Guang Yik melemparkan kenyataan berbaur perkauman susulan kritikannya mengenai pengurusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Malah, difahamkan Guang Yik yang kini merupakan jurulatih untuk pasukan di negara China telah membuat permohonan maaf kepada rakyat Malaysia khususnya masyarakat Melayu.
Bagaimanapun, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah mengambil tindakan dengan menghantar surat kepada Persatuan Badminton China (CBA) berkenaan jurulatih yang berpengkalan di negara tersebut.
Sumber: Facebook @Lee Chong Wei