Penyanyi Korea Selatan terkenal, Jeon Jung Kook yang juga merupakan salah seorang anggota Bangtan Boys mendedahkan dia enggan untuk membuang tatu yang terdapat di badannya kerana ia mempunyai kisah yang tersendiri.
Difahamkan, Jungkook memberi maklum balas tersebut selepas menjawab pertanyaan daripada peminatnya yang meminta dia membuang tatu tersebut yang menggangu kesempurnaan tubuh badannya.
Bukan itu sahaja, penyanyi yang berusia 25 tahun itu turut memberitahu dia tidak berani untuk membuangnya kerana proses tersebut amat menyakitkan.
“Proses membuang tatu sangat menyakitkan. Saya tak suka rasa sakit. Saya juga dapat tahu rasa sakit itu bukan sekejap.
“Saya faham ada sesetengah orang yang membuat keputusan untuk membuang tatu. Tetapi ini adalah yang saya mahukan dan ia akan kekal begitu.
“Kalau saya membuangnya itu bermakna saya menafikan kisah silam diri sendiri. Apa yang berlaku dahulu juga adalah sebahagian daripada hidup saya,” katanya.
Dalam pada itu, Jungkook berkongsi tulisan Army merupakan tatu yang sangat berharga baginya sebagai salah satu penghargaan buat peminat kumpulan mereka.
Bagaimanapun, dia mendedahkan berkemungkinan membuang tatu tersebut pada masa akan datang jika terdapat sebarang situasi yang memaksa dirinya untuk melakukan perkara tersebut.
Sumber: mStar