Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Gempa Bumi: Turkiye Bersedih, Bencana Berlaku Ketika Ramai Sedang Tidur

Situasi getir berlaku di Turkiye dan Syria ketika ini disebabkan gempa bumi kuat yang berlaku sekitar jam 4.17 pagi tadi waktu tempatan.

Menurut laporan Harian Metro, Pengerusi pertubuhan Muslim Care Malaysia Society (MCM) cawangan Turkiye, Mohammad Khatib berkata setakat ini, bencana alam itu meragut nyawa sekurang-kurangnya 284 mangsa selain mencederakan ribuan mangsa lain.

“Kebanyakan mangsa menyangka dunia sudah kiamat. Lebih menyedihkan apabila ramai kanak-kanak terkorban akibat ditimpa runtuhan kediaman masing-masing. Mereka tidak sempat lari menyelamatkan diri berikutan sedang tidur ketika itu.
“Gempa bumi ini menyebabkan kerosakan teruk kepada kediaman dan bangunan membabitkan Wilayah Gaziantep, Sanliurfa, Diyarbakır, Adana, Adıyaman, Malatya, Osmaniye, Hatay dan Kilis,” katanya.

Presiden MCM, Zulkifli Wahijan pula berkata, pihaknya akan segera bertindak dengan melakukan misi kemanusiaan selain memaklumkan bahawa suhu di bawah paras beku – 5 darjah celcius di lokasi menyebabkan lagi kesukaran kepada mangsa terlibat.

“Setakat ini dilaporkan 1,710 bangunan dan kediaman musnah dalam bencana alam terbesar itu. Malah angka korban dijangka terus meningkat berikutan kejadian gempa bumi susulan 7.2 skala Richter yang dilaporkan berlaku di Malatya, Turkiye.
“Setakat ini wakil MCM di Turkiye sudah berada di lokasi kejadian bagi menyertai usaha mencari dan menyelamat. Keberadaan mereka sebagai usaha awal MCM menyampaikan bantuan secepat mungkin selain menyalurkan maklumat tepat lagi cepat,” ujarnya.

Bagi orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan berbentuk kewangan, boleh disalurkan melalui capaian ini https://muslimcaremalaysiasociety.com/…/tabung… 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, orang ramai juga boleh terus membuat transaksi ke akaun:

MUSLIM CARE MALAYSIA;

564490413882 (MAYBANK)

14014010147470 (BANK ISLAM)

Advertisement. Scroll to continue reading.

1101744599 (BANK RAKYAT)

atau ke akaun:

PERTUBUHAN PENYAYANG ISLAM MALAYSIA;

8604171675 (CIMB)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro (Mohd Jamilul Anbia Md Denin), Faceebook Muslim Care Malaysia Society

+ posts

Avatar
Written By Nor Hidayah

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan cedera parah selepas dipercayai dilanggar oleh pemandu mabuk pada Sabtu. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Persatuan...

Lokal

Empat dewan bedah di Pusat Jantung Hospital Serdang dilaporkan sudah tidak boleh digunakan kerana kesemuanya menghadapi masalah penyelenggaraan. Memetik laporan The Star, Hospital Serdang...

Filem

Pengarah filem Menjelang Ajal, Hadrah Daeng Ratu memberitahu filem yang bakal ditayangkan di pawagam mulai 15 Mei ini adalah diilhamkan daripada kisah benar yang...

Sosial

Seorang pempengaruh Singapura teruja bergelar nenek pada usia muda sekali gus bangga kerana menjadi ‘inspirasi’ kepada anak lelakinya berusia 17 tahun yang kini bergelar...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd