Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Hasrat Tak Kesampaian, Lelaki Curi Bas Sekolah Untuk Balik Kampung Ditahan Polis

Seorang lelaki ditahan polis selepas cubaan mencuri sebuah bas sekolah untuk pulang ke kampung sebelum kenderaan tersebut terbabas di tepi jalan dalam satu kejadian di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ), Melaka petang semalam.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pada mulanya bas berkenaan diletakkan di sebuah stesen minyak oleh pemiliknya sehari sebelum kejadian.

Pemiliknya yang berusia 68 tahun kemudian melihat bas itu bergerak keluar, namun tidak mengesyaki sebarang perkara kerana menyangka adiknya memandu kenderaan tersebut.

“Tidak lama selepas itu, dia dihubungi oleh anaknya yang memaklumkan ada orang mencuri bas miliknya itu dan melarikan diri ke arah Lebuh AMJ Melaka Sentral.
“Dia kemudian bergegas keluar dan mengikut dari arah belakang sebelum bas terbabit tiba-tiba terbabas ke bahu jalan berhampiran Taman Malinja sebelum menahan lelaki itu dengan bantuan orang awam,” kata Christopher hari ini.

Hasil siasatan awal mendapati, suspek yang mempunyai satu rekod lampau membabitkan kes cubaan melarikan kenderaan pada 2013 mendakwa dia mahu balik ke kampung di Kapar, Selangor dengan memandu bas sekolah terbabit.

Advertisement. Scroll to continue reading.
@utusanonline

Kempunan curi bas sekolah #trendingnewsmalaysia #beritatiktok #bassekolah

♬ original sound – Utusan Malaysia – Utusan Malaysia

Walau bagaimanapun, suspek yang juga seorang penganggur sudah ditahan selama tiga hari sehingga Khamis dan disiasat mengikut Seksyen 379 (A) Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro (Nuraliawati Sabri), Foto & TikTok UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD

Advertisement. Scroll to continue reading.
+ posts

Avatar
Written By Nor Hidayah

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Semangat kelab pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menunjukkan sikap profesional dan komited untuk meneruskan perlawanan meraih pujian Menteri Besar (MB) Johor. Menerusi perkongsian...

Sukan

Atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan cedera parah selepas dipercayai dilanggar oleh pemandu mabuk pada Sabtu. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Persatuan...

Nasional

Malaysia Artificial Intelligence Nexus 2024 (MY AI NEXUS) dianjurkan bagi mengumpulkan pakar-pakar tersohor dalam bidang kecerdasan buatan (artificial intelligence atau AI), universiti, industri, agensi-agensi...

Kolumnis

Malaysia sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 33.7 juta (DoSM, 2024). Daripada jumlah penduduk ini, generasi dan usia dibahagikan kepada beberapa lapisan iaitu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd