Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lelaki Terkilan, 2 Anak Terpaksa ‘Ditidurkan’ Akibat Parah Dirempuh Pemuda Mabuk

Seorang lelaki meluahkan rasa terkilan apabila dua orang anaknya, Nur Hana Humaira berusia setahun lima bulan dan kakaknya, Nur Aisyah Humaira, 6, terpaksa ‘ditidurkan’ selepas cedera parah dirempuh pemandu mabuk yang menaiki pacuan empat roda Nissan Navara di Kilometer 57 Jalan Batu Pahat-Mersing, di sini, semalam,

Menurut laporan Harian Metro, Mohd Yusof, 34, menyifatkan perkara sebegini perlu diambil tindakan dengan segera oleh pihak berkuasa memandangkan ia sudah kerap berlaku kepada orang yang tidak bersalah.

“Kedua-dua anak saya ‘ditidurkan’ dan perlu menjalani ujian imbasan, jika ada pendarahan teruk pada otak, mereka akan jalani pembedahan.
“Saya cukup terkilan kerana kemalangan begini (akibat pemandu mabuk) sudah kerap berlaku, pesalah sepatutnya dihukum setimpal dengan perbuatan mereka,” katanya.

Difahamkan, Nur Hana Humaira mengalami pendarahan di otak serta cedera pada tulang pinggul manakala kakaknya, Nur Aisyah Humaira turut mengalami pendarahan otak serta bengkak tulang rahang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK).

Malah, isterinya, Faridah Hassan, 37, yang merupakan seorang guru di sekolah rendah turut cedera dalam insiden terbabit dan kini sedang menerima rawatan di hospital yang sama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menceritakan kembali kejadian yang berlaku jam 7 malam itu, kereta Toyota Vios yang dipandu Mohd Yusof telah dirempuh pacuan empat roda ketika dalam perjalanan pulang ke rumah di Felda Kahang Timur selepas membeli aksesori kenderaan untuk pelanggannya.

Namun begitu, ketika sedang leka berbual bersama isterinya, secara tiba-tiba kereta yang dipandu telah dilanggar oleh Nissan Navara sehingga menyebabkan dia hilang kawalan.

@utusantvofficial

Kejadian di kilometer 57 Jalan Batu Pahat-Mersing. #navara #fyp #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok

♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kenderaan saya terlanggar pokok lalu berpusing dan selepas itu pandangan saya kabur.
“Saya lihat dua anak saya didukung orang ramai, namun tak nampak kelibat isteri ketika itu. Sebaik sedar daripada pengsan, saya sudah berada atas katil hospital (HEBHK),” jelasnya lagi.

Sehingga kini, dia masih belum berpeluang untuk berjumpa dengan anak-anaknya dan dia berharap agar pihak berkuasa mengambil tindakan yang tegas susulan kejadian ini.

Sumber: Harian Metro (Mohamad Fahd Rahmat), TikTok @UtusanTV

Nur Ain
Written By Nur Ain

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd