Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Bakar Al-Quran Belum Tentu Mampu Kalahkan Hati Umat Islam Sedunia- Maher Zain

Penyanyi antarabangsa terkenal, Maher Zain meluahkan kekecewaan berikutan tindakan kerajaan Sweden yang membenarkan seorang ahli politik pelampau kanan, Rasmus Paludan membakar al-Quran di hadapan Kedutaan Turkiye di Stockholm baru-baru ini.

Menerusi hantaran dibuat di laman Facebook miliknya, penyanyi berusia 42 tahun itu menegaskan bahawa tindakan membakar kitab suci umat Islam belum tentu dapat mengalahkan carta al-Quran dalam hati penganutnya.

“Jika kamu membakar dan menghapuskan kesemua kitab suci al-Quran di seluruh dunia, adalah mustahil untuk membuang ia dari lubuk hati kami!”tegasnya.

Dalam pada itu, penyanyi asal Sweden itu sendiri mempertikai dan mengkritik tindakan kerajaan negaranya kerana membenarkan penghinaan terhadap agama Islam berlaku.

Dengan menggunakan kuasa kebebasan media, pelatun lagu For The Rest Of My Life menyoal di manakah sikap perikemanusiaan pihak kerajaan terutama barisan pemimpin sehingga membangkitkan isu perkauman.

“Dengan segala hormatnya terhadap kebebasan bersuara, tetapi bagaimanakah sikap perkauman dan kebencian boleh berada di bawah undang-undang #kebebasanbersuara?
“Saya sayang Sweden tetapi ini sudah melampau. Di manakah rasa hormat dan sikap perikemanusian? Ia sangat mengecewakan,”luahnya.

Maher juga menitipkan harapan agar masalah itu dapat diselesaikan dan Sweden tidak lagi melakukan rusuhan yang boleh mendatangkan kemarahan penganut beragama Islam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ini kerana ia bukan sahaja membangkitkan kemarahan orang Islam di negara berkenaan, sebaliknya seluruh Malaysia kerana sudah ‘cuit’ sensitiviti kesucian agama.

Sumber: Facebook Maher Zain

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Lokal

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mengiktiraf pencapaian cemerlang 70 pemain industri pembinaan di Anugerah Kecemerlangan Industri Pembinaan Malaysia (MCIEA) 2024 yang berlangsung di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd