Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Hujan Bukan Penghalang, Anwar Gembira Balik Kampung Jumpa Orang Permatang Pauh

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan keterujaan dan seronok apabila berkesempatan pulang ke kampung halaman dan beramah mesra bersama warga Permatang Pauh.

@fahmizainol.my

PMX Balik Kampung 4.30 di Bandar Perda ( Lembah Makanan ) 8.00 di Cheruk Tok Kun ( Kenduri Rakyat ) #PMXBALIKPENANG

♬ оригинальный звук – DOOMBREAKER

Hujan bukan penghalang

Meskipun hujan, orang ramai tetap turut-serta ke program Minum Petang Bersama Rakyat di perkarangan Lembah Makanan Bandar Perda, Bukit Mertajam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Melihat kepada sambutan menggalakkan itu jelas menunjukkan Anwar tidak pernah melupakan Permatang Pauh walaupun tidak lagi menjadi Ahli Parlimen kawasan itu sejak hampir 10 tahun.

@fahmizainol.my

PMX di Permatang Pauh, walaupun hujan, tetap ramai setia menanti kehadiran beliau. #PMXPenang

♬ suara asli – afa – afa

Permatang Pauh tempat jatuh, bangun sebenar

Anwar berkata, walaupun pernah bertanding di Parlimen Port Dickson dan kini menjadi Ahli Parlimen Tambun, asas kekuatan PKR khususnya tetap berada di Permatang Pauh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya lagi, biarpun kerusi Permatang Pauh jatuh ke tangan Perikatan Nasional (PN), beliau yakin mereka akan menawan semula kawasan berkenaan.

“Yang penting adalah, kalau kita diberi amanah, kita kena pikul. Tak payah layan kerenah semua.
“Ini kita tak ambil gaji pun dia (pembangkang) marah, ambil gaji dia kata (gaji) tinggi sangat. Inilah masalah orang politik,”ujarnya.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan Presiden PKR yakin bahawa Permatang Pauh masih menjadi kubu kuat untuk gerakan reformasi negara walaupun kawasan Parlimen itu kini milik pembangkang.

Dalam pada itu, Anwar mengAku dirinya berasa seronok kerana dapat pulang ke Permatang Pauh yang menjadi tempat jatuh, bangun dalam kepimpinan parti.

Sumber: Kosmo!, TikTok @fahmizainol.my

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Lokal

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mengiktiraf pencapaian cemerlang 70 pemain industri pembinaan di Anugerah Kecemerlangan Industri Pembinaan Malaysia (MCIEA) 2024 yang berlangsung di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd