Seorang guru besar di sebuah sekolah terletak di Beranang, Hulu Langat, Selangor menjadi mangsa samun dan kejadian dipercayai berlaku di Pekan Semenyih, semalam.
Susulan itu, Wang Bantuan Awal Persekolahan yang dikeluarkan berjumlah lebih RM100,000 lesap apabila dilarikan oleh penjenayah. Difahamkan, wang berkenaan baru sahaja dikeluarkan oleh guru besar berkenaan sebelum cermin kenderaannya dipecahkan ketika membeli minuman.
Carian Google
Namun, apa yang mengejutkan ramai apabila, guru besar berkenaan memberi alasan sudah biasa mengeluarkan wang bantuan berkenaan tanpa pengiring daripada pihak polis.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya tidak mendapat permohonan pengiring daripada guru besar berkenaan untuk tujuan pengeluaran wang.
“Berdasarkan keterangan guru besar berkenaan, dia tidak buat permohonan pengiring polis untuk transaksi pengeluaran wang berkenaan kerana sudah berpengalaman 10 tahun dalam mengendalikan situasi itu,”ujarnya.
“Berdasarkan keterangan guru besar berkenaan, dia tidak buat permohonan pengiring polis untuk transaksi pengeluaran wang berkenaan kerana sudah berpengalaman 10 tahun dalam mengendalikan situasi itu.
Katanya lagi, sepanjang tempoh 10 tahun membuat pengeluaran wang di bank, pihak sekolah belum pernah berdepan dengan situasi cemas itu.
“Menurutnya (guru besar), sepanjang tempoh 10 tahun berkenaan, tidak pernah berlaku perkara sedemikian.
“Perkara ini menyebabkan saya merasa ralat kerana pihak sekolah boleh meminta bantuan polis untuk mengiringi mereka selepas membuat pengeluaran wang di bank,” katanya lagi.
Carian Google
Sementara itu, Mohd Zahid berkata pihaknya sudah merakam keterangan beberapa individu termasuk guru besar terbabit bagi membantu siasatan, termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.
Dalam pada itu, Mohd Zahid tidak menolak sebarang kemungkinan sekiranya ‘orang dalam’ turut terlibat dalam kejadian berkenaan.
Sumber: Harian Metro (Nurul Hidayah Bahaudin)