Tidak dapat dinafikan, mempunyai akses internet yang baik merupakan keperluan bagi setiap lapisan masyarakat bagi memudahkan kerja seharian dapat dilaksanakan dengan baik.
Malah, sejak kebelakangan ini, harga pakej internet yang disediakan oleh syarikat telco di Malaysia agak mahal tambahan pula kos sara hidup yang semakin mencabar.
Namun begitu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil memaklumkan jalur lebar talian bakal memperkenalkan harga baharu dengan lebih rendah berbanding sebelum ini dalam tempoh kurang seminggu.
Berita gembira ini sudah semestinya menggembirakan hati dan meringankan beban orang ramai terutamanya golongan kurang kemampuan untuk membelanjakan kos tersebut pada setiap bulan.
Setakat ini, TM Malaysia dan Maxis pula menawarkan pakej 30Mbps pada harga RM89 sebulan namun, selepas ini pengguna akan berkemungkinan mendapatkan harga lebih rendah daripada RM89.
Sumber: Facebook @KELANTANfm