Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Selepas Ditularkan, ‘Rider’ Hilang Sejak Isnin Lalu Dilaporkan Sudah Pulang Ke Rumah

Selepas kehilangannya selama lima hari ditularkan, penghantar makanan yang dikenali sebagai Muhammad Faisal Azlan dilaporkan sudah pulang ke rumahnya pagi tadi.

Menurut laporan Kosmo! Online, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah mengesahkan perkara tersebut selepas dimaklumkan oleh isteri Muhammad Faisal.

Bagaimanapun, Ashari tidak dapat berkongsi maklumat lanjut kepada pihak media berhubung kejadian ‘kehilangan‘ lelaki berkenaan.

“Saya telah dimaklumkan oleh isteri Muhammad Faisal sendiri bahawa suaminya telah pulang ke rumah pagi tadi. Setakat ini, hanya itu sahaja maklumat yang dapat saya kongsikan kepada semua,” katanya.

Sementara itu, seorang pengguna laman Twitter @dannyslov3r turut berkongsi perkembangan mengenai perkara tersebut selepas menghantar pesanan WhatsApp ke salah satu nombor yang ditularkan isteri lelaki terbabit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dia dah balik rumah!

Semalam, seorang wanita menggunakan akaun Facebook bernama Nur MaIrah meminta orang ramai mengesan suaminya yang tidak pulang ke rumah mereka di Taman Melati, Kuala Lumpur sejak Isnin lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur MaIrah dalam sebuah posting memaklumkan, suaminya kali terakhir dilihat memakai pakaian Foodpanda selain sudah membuat laporan polis bagi mengesan lelaki berkenaan.

Telefon bimbit tak ‘hidup’

Sumber: Kosmo! Online (Tuan Nurhidayah Tuan Ab.Ghani), Twitter @dannyslov3r

+ posts

Avatar
Written By Nor Hidayah

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan cedera parah selepas dipercayai dilanggar oleh pemandu mabuk pada Sabtu. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Persatuan...

Kolumnis

Malaysia sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 33.7 juta (DoSM, 2024). Daripada jumlah penduduk ini, generasi dan usia dibahagikan kepada beberapa lapisan iaitu...

Lokal

Seorang bayi perempuan baru dilahirkan ditemui berbalut dengan kain batik dalam kotak di atas jalan berhampiran Gua Tempurung di Gopeng, Ahad lalu. Memetik laporan...

Lokal

Empat dewan bedah di Pusat Jantung Hospital Serdang dilaporkan sudah tidak boleh digunakan kerana kesemuanya menghadapi masalah penyelenggaraan. Memetik laporan The Star, Hospital Serdang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd