Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pemilik Jakel Pasrah & Reda, Mungkin Kerugian Cecah RM100 Juta

Kebakaran yang terjadi di cawangan gedung tekstil terkemuka negara, Jakel di Shah Alam pagi tadi  sememangnya mengejutkan banyak pihak.

Mana tidaknya, gedung terbabit dikatakan terbakar hampir 80 peratus termasuk menjejaskan beberapa kedai dan butik berhampiran.

Tak sempat nak selamatkan apa2

Menerusi perkongsian dari Sinar Harian, Ketua Pegawai Operasi Jakel, Datuk Mohamed Nizam Mohamed Jakel memaklumkan yang dia masih berada di kediamannya di Kuala Lumpur sewaktu menerima panggilan mengatakan yang  kedainya terbakar kira-kira jam 6.45 pagi.

“Saya dan adik bergegas ke Shah Alam dan sebaik tiba di lokasi kami melihat keadaan kemusnahan bangunan agak teruk dan tidak sempat hendak selamatkan apa-apa di bahagian berkenaan.
“Kami reda dengan ketentuan Ilahi kerana setiap perkara berlaku ada kebaikan akan datang, rahsia itu tiada siapa tahu, jadi saya pasrah dan reda,” katanya.

Tiada sebarang kecederaan

Walau bagaimanapun, dia bersyukur kerana kejadian berlaku sewaktu kedai masih belum beroperasi dan tiada pekerja di dalamnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mohd Nizam  juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak bomba dan penyelamat kerana berjaya mengawal kebakaran daripada terus merebak ke kedai berhampiran.

Ujarnya lagi, mungkin kerugiaan yang dianggarkan agak besar memandangkan banyak barang yang disimpan di setiap aras bangunan terbakar dalam kejadian awal pagi tadi.

“Kita masih belum dapat menganggarkan jumlah kerugian yang ditanggung namun kerugian kali ini amat besar apabila barang yang disimpan di setiap lima aras bangunan boleh dikatakan musnah.” jelasnya.

 

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor, Datuk Norazam Khamis menyatakan yang bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 7.19 pagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sebanyak tujuh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) dari Shah Alam, Kota Anggerik, Subang, Kota Raja, Damansara, Sungai Pinang dan Puchong digerakkan ke lokasi kejadian.
“Seramai 38 pegawai dan anggota dari tujuh BBP kemudiannya ke lokasi kejadian,” ujarnya.

Kerja-kerja pemadaman masih lagi dijalanakan sehingga jam 12.00 tengah hari tadi iaitu beberapa jam setelah menerima panggilan tentang kebakaran di gedung tekstil tersebut.

Difahamkan, punca kejadian tersebut berlaku adalah disebabkan litar pintas dan siasatan masih lagi dijalankan oleh pihak berkuasa.

Pagi tadi, beberapa gambar dan video gedung tekstil Jakel Shah Alam telah tular di media sosial. Kebakaran yang berlaku juga dikatakan begitu cepat dan asap dari kejadian tersebut dapat dilihat dari jarak jauh.

Sumber: Sinar Harian (Mohd Azim Zainury)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd