Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Wanita Diharam Di Universiti, Khaled Nordin Hantar Surat Ke Menteri Pengajian Tinggi Afganistan

Baru-baru ini, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) telah mengecam tindakan kerajaan Afganistan yang dipimpin Taliban kerana melarang hak golongan wanita untuk belajar di universiti atau bekerja dalam kumpulan bantuan kemanusiaan.

Pihak PBB dengan tegas menggesa supaya  supaya diberi penyertaan penuh, sama rata dan bermakna terhadap wanita serta gadis di negara tersebut.

Larangan perempuan belajar di universiti & bekerja

Menerusi laporan yang dikongsi Berita Harian memetik kenyataan media tempatan, larangan ke atas wanita dan gadis menghadiri sekolah menengah dan universiti di Afghanistan ‘adalah hakisan yang semakin meningkat dalam menghormati hak asasi dan kebebasan asasi manusia’.

Tak hanya itu, Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres di Twitter semalam turut menyatakan yang sekatan itu adalah ‘pelanggaran hak asasi manusia yang tidak wajar dan mesti dibatalkan’.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malaysia turut zahirkan rasa kurang setuju

Susulan daripada itu, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin telah memuat naik satu kenyataan rasmi berkenaan kenyataan beliau yang kurang bersetuju dengan larangan-larangan tersebut kerana dilihat cuba mengekang hak kemanusiaan terutamanya golongan wanita.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau juga memuat naik surat rasmi yang dihantar kepada Menteri Pengajian Tinggi Emiriah Islam Afghanistan, Neda Mohammad Nadeem yang sebelum ini mengharamkan wanita Afganistan di mana-mana universiti.

Penglibatan wanita dalam pembangunan negara sangat penting

Menerusi kenyataan yang dibuat oleh Khaled Nordin, beliau mengatakan bahawa sekatan terhadap kaum wanita terutamanya untuk melanjutkan pelajaran adalah satu kehilangan besar kerana jasa golongan terbabit sangat besar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau juga turut menceritakan serba sedikit pengalaman berurusan dengan wanita dalam pelbagai sektor profesional dan perkara terbabit adalah menyenangkan tanpa sebarang diskriminasi.

Tambah bekas Menteri Besar Johor itu lagi, dalam agama Islam sendiri, pendidikan dianggap fardu ain dan fardu kifayah bagi setiap muslim. Jadi, memberikan pendidikan kepada golongan wanita merupakan salah satu kehormatan buat mereka.

Malaysia membuktikan wanita juga pemacu ekonomi negara

Ujar Khaled lagi, satu kehilangan besar jika kebebasan wanita dihadkan lebih-lebih lagi dalam bidang pendidikan kerana Nabi Muhammad S.A.W sendiri melibatkan para isterinya dalam menuntut ilmu.

Jadi, beliau juga yakin yang kerajaan Afganistan juga dapat memacu perkembangan ekonomi negara jika ada penglibatan golongan wanita dalam pelbagai bidang terutamanya pendidikan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hal tersebut telah terbukti di Malaysia apabila golongan wanita turut sama-sama menjadi pemacu kemajuan ekonomi.

Untuk rekod, kerajaan Afganistan yang kembali diterajui oleh Taliban pada Ogos tahun lalu selepas dua dekad tidak memerintah telah mengharamkan golongan wanita di mana-mana universiti  pada minggu lalu sewaktu bermesyuarat di Afghanistan untuk Majlis Keselamatan di New York.

Mereka juga menghalang kanak-kanak perempuan untuk ke sekolah sejak Mac lalu dan perkara itu membimbangkan PBB kerana boleh membuatkan negara terbabit mengalami kemunduran besar kepada rakyat Afganistan di masa hadapan.

Sumber: Twitter Khaled Nordin, António Guterres, Berita Harian 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular video di media sosial memaparkan kali terakhir seorang gadis, Nia Kurnia Sari dilihat warga kampung sebelum dilaporkan hilang dan mayatnya ditemui beberapa hari...

Lokal

Ibu kepada Al Fateh Fikry Amri, Sabrina Hakiem Zaini akan kembali bertugas sebagai guru selepas cuti sekolah pertengahan penggal kedua ini. Foto: Facebook Sinar...

Dunia

Puteri Wales, Kate Middleton berkongsi kelegaan selepas beliau selesai jalani rawatan kemoterapi yang telah berlangsung selama sembilan bulan menersui sebuah video yang sangat peribadi....

Politik

Perikatan Nasional (PN) pertaruh Ahli Jawatankuasa Bersatu Bahagian Kluang, Mohamad Haizan Jaafar atau turut dikenali sebagai Coach Haizan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd