Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Peminat Bola Sepak Patut Bangga, JDT Wakil Negara Sumbang Mata AFC MA – TMJ

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menegaskan peminat bola sepak sepatutnya berbangga dengan Johor Darul Ta’zim atau JDT wakil negara yang masih kekal bersaing dalam Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) dan menyumbang mata ranking AFC MA.

Menerusi satu hantaran di InstaStory, baginda yang juga pemilik JDT berkata sebaliknya apa yang berlaku adalah terdapat sesetengah pihak yang mahu kelabnya keluar dari Liga Malaysia (Liga-M) kerana didakwa menjadi penyebab saingan liga suram.

JDT wakil negara sumbang mata AFC MA, peminat bola sepak patut berbangga

JDT wakil negara

“Kitalah satu-satunya kelab. Patut yang ada berasa bangga kita mewakili negara, Asia Tenggara dan memberi sumbangan dalam AFC MA Rangking.
“Ini tidak, nak kami keluar dari liga dan condemn liga snediri pasal tak puas hati,” kata baginda.

Artikel lain: Arif Aiman Ikrar Setia Bersama JDT – “Saya Perlu Terus Bekerja Keras..”

Dalam pada itu, Tunku Mahkota Ismail turut menyelar sikap sesetengah pihak yang mudah menyalahkan JDT yang menjadi punca saingan Liga-M kurang sokongan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

JDT wakil negara, peminat bola sepak patut bangga

“Team sendiri dan orang dalam pengurusan masing-masing yang tak betul dengan pelbagai isu, salahkan liga dan badan induk.
“Sendiri urus dana, perancangan pasukan, pembangunan dan infra tak betul tapi ambil jalan mudah salahkan orang lain. Loser mentality dan tak bertanggungjawab,” ujar baginda.

Sebelum ini, JDT berjaya menundukkan wakil Australia iaitu Central Coast Mariners 2-1 dalam aksi kumpulan di Stadium Central Coast, New South Wales pada Selasa sekaligus mencerahkan peluang kelab itu untuk mara ke pusingan seterusnya.

Kejayaan itu juga menyaksikan kedudukan Malaysia berada di atas Australia dan Vietnam dalam mata ranking AFC MA.

Sumber: Instagram hrhcrownprinceofjohor

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pelakon meningkat naik di China, Liang Youcheng dilaporkan meninggal dunia pada usia 27 tahun selepas disyaki dijangkiti virus influenza pada 30 Januari lalu, lapor...

Sosial

Seorang wanita yang bekerja di Kuala Lumpur menarik perhatian ramai selepas dia memilih untuk naik kapal terbang setiap hari dan ulang-alik dari Penang ke...

Dunia

Seramai 435 warga Malaysia dilapor dalam senarai pengusiran dari Amerika Syarikat, yang mana ia termasuk dalam 1.44 juta bukan warganegara Amerika Syarikaat (AS) yang...

Lokal

Seorang Ahli Parlimen atau MP DAP mahu jumpa menteri agama di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berhubung garis panduan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd