Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Ismanira Lapor Polis Selepas Lebih 5 Jam Zayn Rayyan Hilang, Air Muka Tak Nampak Risau -Saksi

Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Selasa diberitahu bahawa ibu Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin iaitu Ismanira lapor polis selepas lebih lima jam kanak-kanak autistik itu dikatakan hilang.

Memetik laporan Berita Harian, saksi ketiga pendakwaan, Koperal Nurul Khairina Mohammad Zuki, 35, yang juga anggota dari Balai Polis Sri Damansara berkata beliau menerima laporan dari seorang wanita yang dikenali sebagai Ismanira pada jam 5.45 petang 5 Disember 2023 berhubung kehilangan seorang kanak-kanak autistik.

Ismanira lapor polis hanya selepas lima jam Zayn Rayyan hilang

Ismanira Lapor Polis

Foto: Berita Harian

“Dalam laporan itu, pengadu menyatakan pada jam 12 tengah hari ketika dia mahu menaiki tangga untuk balik ke Blok R Apartmen Idaman, pengadu menyedari anak lelakinya tiada di belakang pengadu.
“Pengadu menyatakan anaknya ada memberontak sebab tidak ikut kemahuan. Pengadu menjelaskan bahawa anak lelakinya orang kurang upaya (OKU), autistik dan tidak boleh bertutur,” katanya.

Ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Kamarul Iman Ahmad Sapian, saksi yang sudah 11 tahun bertugas di balai itu berkata beliau menerima laporan kehilangan kanak-kanak berusia enam tahun terbabit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kamarul Iman: Semasa bertugas ada terima laporan polis?

Nurul Khairina: Ada.

Kamarul Iman: Boleh nyatakan laporan kamu terima?

Nurul Khairina: Laporan kehilangan kanak-kanak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kamarul Iman: Boleh nyatakan lebih kurang jam berapa?

Nurul Khairina: Lebih kurang jam 5.45 petang.

Kamarul Iman: Adakah kamu masih ingat siapa membuat laporan itu?

Nurul Khairina: Masih ingat… Puan Ismanira.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kamarul Iman: Boleh kamu nyatakan perkara apa yang dilaporkan?

Nurul Khairina: Pengadu menyatakan pada 5 Disember 2023 jam 12 tengah hari ketika pengadu mahu menaiki tangga untuk balik ke Blok R Apartmen Idaman, pengadu sedari anak lelaki tiada di belakang. Pengadu nyatakan pada masa itu, anak pengadu ada memberontak kerana tidak diikuti kemahuan dan pada masa itu juga pengadu pegang banyak barang.

Kamarul Iman: Ada pengadu jelaskan butir-butir anak hilang itu?

Nurul Khairina: Ada, pengadu jelaskan anak lelaki pengadu OKU autisme dan tidak boleh bertutur.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kamarul Iman: Boleh jelaskan ada atau tidak diterangkan umur?

Nurul Khairina: Ada, umur enam tahun.

Ismanira lapor polis anak hilang, muka tak nampak risau

Foto: mStar

Menurut Nurul Khairina, sebaik sahaja menerima laporan itu, beliau memaklumkan kepada pegawai penyiasat kanak, Asisten Superintendan Nor Zaharuddin Sanip yang kemudian mengarahkannya memaklumkan kes itu kepada pegawai penyiasat yang bertugas, Inspektor Nina Syamimi Syamsuddin.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Inspektor Nina Syamimi meminta pengadu berjumpa dengannya bagi diambil keterangan,” ujarnya.

Sementara itu, dalam pemeriksaan balas oleh peguam, Haresh Mahadevan, saksi terbabit berkata pengadu ada memberitahu bahawa dia mencari anaknya yang hilang bersama jiran sebelum membuat laporan polis.

Artikel lain: Dakwa Maklumat Unsur Kesalahan Tidak Cukup, Ibu Bapa Zayn Rayyan Mohon Dibebaskan Serta-Merta

Haresh: Semasa kamu menerima laporan polis ini, ada atau tidak kamu bercakap atau berbincang dengan pengadu?

Nurul Khairina: Saya menaip laporan seperti mana keterangan diberikan oleh pengadu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Haresh: Saya juga cadangkan bahawa pengadu beritahu anda pada masa itu, pengadu sedang memikul beg anak beliau di belakang, memegang sebuah ‘handbag’ (beg tangan) di sebelah tangan, dan sebelah tangan yang lain dia pegang barang dari Econsave untuk masak tengah hari bagi kanak-kanak yang hilang itu.

Foto: Sinar Harian

Nurul Khairina: Tidak setuju.

Haresh: Saya cadangkan balai polis ada terima panggilan pada jam 12 tengah hari pada hari itu berkaitan kehilangan kanak-kanak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nurul Khairina: Tidak tahu.

Haresh: Saya cadangkan kepada kamu bahawa air muka pengadu semasa kejadian, adalah dalam kerisauan?

Nurul Khairina: Tidak.

Haresh: Jadi dia nampak gembira? Melompat-lompat?

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nurul Khairina: Tidak, seperti pengadu yang lain datang ke balai.

Haresh: Saya cadangkan pengadu memaparkan muka yang amat kerisauan.

Nurul Khairina: Tidak setuju.

Air muka tak nampak risau, Ismanira lapor polis selepas lima jam anak hilang

Foto: Berita Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengikut pertuduhan, Zaim Ikhwan Zahari dan isteri, Ismanira Abdul Manaf, kedua-duanya berusia 30 tahun sebagai orang mempunyai pemeliharaan terhadap anak mereka yang berusia enam tahun, didakwa bersama-sama mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kedederaan fizikal.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sekitar jalan PJU 10/1 Damansara Damai, Petaling Jaya antara jam 12 tengahari 5 Disember dan jam 9.55 malam 6 Disember 2023.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Sekysen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebhi 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh disambung hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Berita Harian (Suraya Roslan)

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Sekumpulan Parti Buruh Indonesia (KSPI) berhimpun di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sebagai protes berhubung kejadian tembak pada 24 Januari lalu di Selangor....

Lokal

Seorang anggota tentera, Prebet Muhammad hilang hampir seminggu selepas keluar untuk bergunting rambut pada Selasa lalu. Prebet Muhammad hilang Menurut laporan Kosmo! Online, bapa...

Lokal

Padah mengugut bunuh pelawak Harith Iskander dan keluarganya berhubung lawak isu ‘ham’, seorang lelaki akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini. Menurut laporan...

Spotlight

Bekas ahli kumpulan BigBang, T.O.P tidak akan kembali sertai BigBang kerana rasa bersalah yang masih menebal sehingga kini selepas dipenjara 10 bulan akibat penyalahgunaan dadah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd