Tular di media sosial seorang wanita di Jakarta, Indonesia putus hubungan saudara dengan adik beradik kerana kecewa dengan sikap lepas tangan dalam menjaga bapa mereka yang sedang tenat.
Menerusi satu hantaran di TikTok, ceulhily telah memuat naik satu video memaparkan dirinya sedang meluahkan perasaan kecewanya terhadap adik beradik yang lain.
Wanita putus saudara dengan adik beradik
@ceulhily 🙂 aja Allah tau semua
“Anak bapa ada enam, tapi yang dapat urus bapa cuma saya seorang. Yang lain tutup mata, tutup telinga, tutup mulut.
“Terlalu sibuk ke sampai tak tanya khabar bapa? Paling kurang, kalau tak dapat tolong jaga bapa, tak dapat sumbang tenaga, tanya khabar bapa. Rawatan dah sampai mana, keadaan bagaimana, bukannya diam sahaja,” katanya.
Menurut wanita itu, walaupun dia kelihatan kuat namun dirinya juga berasa penat termasuk mental dan fizikal kerana sendirian menjaga bapanya.
Katanya, bukan sahaja tidak pernah datang melawat ke hospital, adik beradiknya juga tidak pernah menghubunginya untuk bertanya khabar.
“Badan saya ni penat urus sendirian. Saya tahu, semua orang fikir saya ni kuat, saya mampu dan dapat urus. Tapi itu tak bermaksud kamu semua boleh lepas tangan.
“Awak semua terlalu sibuk ke sampai tak ada masa lima minit pun untuk tanya khabar bapa. Nak bagitahu, saya setiap hari sendiri bantu bapa jalani radiasi, bukannya ada kamu.
“Jangankan tunggu di hospital, tanya khabar saja pun tak. Nanti kalau dah tak ada, jangan menyesal pula,” luahnya.
Walaupun kecewa dengan tindakan adik beradiknya, wanita tersebut tetap ikhlas dan redha menjaga bapanya tanpa bantuan sesiapa pun.
Artikel lain: Ramai Pengguna AS Dilapor Berpindah Ke Aplikasi China, RedNote Selepas TikTok Diharamkan
“Tak mudah jaga orang tua yang sakit. Badan saya dipaksa untuk terus kuat dan sihat, perlu selalu ada waktu.
“Kalau saya sakit, semuanya tak jalan. Tapi takpelah, nak ulas panjang lebar pun tak ada guna. Saya dah tak boleh cakap apa dah dengan kamu,” ujarnya penuh kecewa.
Susulan itu, wanita tersebut mengambil tindakan untuk memutuskan hubungan kekeluargaan dengan adik beradiknya yang lain kerana baginya sama sahaja keadaannya jika ada adik beradik atau tiada.
“Kamu langsung tak ada rasa kasihan terhadap saya. Mulai hari ini, saya dah tak nak anggap kamu sebagai saudara kandung saya dah.
“Hubungan kita sebagai adik beradik cukup sampai di sini saja. Ada adik beradik atau tak ada, sama saja kan,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memberikan semangat kepada wanita tersebut agar terus kuat untuk menjaga bapanya.
Semangat ya kak
Semoga rezeki kamu melimpah ruah
Insya-Allah, urusan kamu akan dipermudahkan
Sabar ya kak
Menerusi tinjauan ke akaun wanita itu, bapanya menghidap penyakit kanser paru-paru tahap empat dan berat badannya menurun sehingga 35 kilogram kerana tiada selera makan sehingga menyebabkan tubuhnya lemah.
@ceulhily Teruntuk bapak ku yg hebat ini🥹🥰 Pak aku memang belum Cukup materi Untuk membahagiakan bapak, Tapi aku punya waktu , tenaga , dan Doa untuk kesembuhan mu ,, pak meski masalalumu kelam , meski anak anakmu yg lain perduli denganmu , tapi Aku yakin Tuhan memberiku kepercayaan Untuk menjaga dan merawatmu bukan tanpa Alasan 🥹💖 Biarkan aku merawatmu Hingga aku menua, Kamu bukan beban Untuk ku kamu bukan Kesusahan yg harus ku takuti , Kamu bukan masalahku , Akan kuhadapi semua ini Lilahitaala, Meski sekarang aku masih berproses , Pak aku punya Mimpi , Bapak mau tau gak ?? aku kerja keras pengen banget punya Mobil walaupun mobil bekas Tapi supaya bisa anter bapak kemoterapi tampa harus minta bantuan siapapun lagi, Biar bisa anter bapak sinar radiasi , dan Kontrol ke dokter 🥹 Selama ini kita kalau kerumah sakit harus minta minta tolong Dulu karena Bapak sudah ga bisa naik motor dan kendaraan Umum , Jadi orang gk punya itu ga enak pak makanya aku berjuang Supaya bisa berdiri diatas kaki ku sendiri Pak doain anakmu ini ya tunggu aku bisa beli Mobil , bisa kan pak ? Kuat kan ? Nanti kita jalan jalan ya pak 🥹🥰
Semoga akak ni dimurahkan rezeki dan diberikan kekuatan menjaga bapa….
Sumber: TikTok ceulhily