Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Jefri Nichol Bersuara Pentingnya Pendidikan Seks Sejak Peringkat Sekolah Lagi

Aktor Indonesia yang juga teman istimewa kepada pempengaruh terkenal Malaysia, Ameera Khan iaitu Jefri Nichol bersuara bahawa dia percaya pendidikan seks perlu didedahkan kepada pelajar sejak di peringkat awal persekolahan lagi.

Menurut laporan Kompas, aktor berusia 26 tahun itu percaya usaha berkenaan perlu agar dapat membuka minda masyarakat selain mencegah penularan seks bebas dan penyebaran penyakit kelamin dalam kalangan penduduk di Indonesia.

Jefri Nichol bersuara pentingnya pendidikan seks

Jefri Nichol

Foto: Carian Google

“Bagi saya, pendidikan seks ini seharusnya dimulakan sejak kecil sebab kanak-kanak sekarang pun sudah pandai tentang seks sehingga ada berani mencuba tanpa menyedari bahayanya.
“Mereka kebanyakannya terikut-ikut dengan mengikut rakan sebaya menerusi hal-hal yang mereka lihat,” katanya.

Bukan itu sahaja, pelakon filem Ali Topan itu memberitahu pendidikan seks sudah tidak boleh dianggap sebagai sesuatu yang baharu dan tabu dalam kalangan masyarakat.

Tambahnya, pengenalan tentang alat pencegahan kehamilan juga penting bagi mengelakkan berlakunya penyebaran penyakit seksual.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jefri Nichol

Foto: Instagram @jefrinichol

“Pendidikan seks itu sangat penting sejak kecil lagi. Alat pencegahan kehamilan juga harus diperkenalkan supaya mereka faham.
“Urusan seks itu sangat peribadi tetapi ia tetap akan berlaku, jadi harus diberikan pendedahan tentang pendidikan ini sewajarnya.
“Jangan takut atau malu untuk beli alat pencegahan kehamilan kerana ini soal kesihatan diri sendiri,” ujarnya.

Artikel lain: Guna Lagu Dangdut Untuk Video Tunai Umrah, Warganet Tuduh Dinar Candy Biadab

Menurut Jefri juga, dia berharap agar pendidikan seks dapat menjangkau masyarakat luas untuk mempelajarinya dan menekankan bahawa pendidikan seks sejak kecil ini sesuatu yang wajib dan positif untuk dipelajari.

Terdahulu, Jefri kembali mencuri perhatian selepas dikatakan sedang hangat menjalinkan hubungan cinta bersama Ameera yang juga adik kepada selebriti dan usahawan popular Neelofa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jefri Nichol

Foto: Carian Google

Untuk rekod, Ameera dan Jefri dilapor pernah bercinta sebelum ini, namun hubungan mereka dikhabarkan putus sekitar Oktober 2021 selepas dia tidak lagi mengikuti aktor berkenaan di Instagram.

Kini, mereka dilaporkan tengah hangat bercinta kembali usai masing-masing kelihatan mesra berkongsi gambar serta video romantis di media sosial.

Sumber: Kompas

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Leslywan Gemmy

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Sebuah tragedi membabitkan kematian kanak-kanak berusia empat tahun berlaku apabila ibu bapanya, Aidil Zacky Rahman (AZR) dan Sinta Dewi (SD) bunuh anak sendiri selepas...

Bisnes

Gergasi media sosial, Meta rancang untuk buang dan ganti kira-kira lima peratus pekerja yang mencatatkan prestasi buruk pada tahun ini dan berita ini telah...

Lokal

Polis telah mengesahkan kesahihan sijil perkahwinan anak seorang menteri Kabinet yang berkahwin di negara jiran pada September tahun lalu. Foto: Sinar Harian Menurut laporan...

Politik

Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menyatakan Perikatan Nasional (PN) tidak menghadapi masalah untuk mencari calon perdana menteri dari kalangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd