Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Dietmar Hamann Anggap Kekalahan Maghribi Lebih Bermaruah Berbanding Ronaldo

Seperti kita semua sedia maklum, meskipun pasukan Maghribi telah tewas di tangan pasukan Perancis pada perlawanan separuh akhir di Piala Dunia Qatar, namun ia merupakan satu pencapaian yang sangat membanggakan malah telah mencipta sejarah tersendiri.

Bukan itu sahaja, kemenangan Maghribi dalam menentang Portugal pada perlawanan suku akhir juga membuktikan pasukan tersebut tidak boleh dipandang rendah.

Namun begitu, Dietmar Hamann menyifatkan bintang bola sepak terkenal iaitu Cristiano Ronaldo seakan tidak menerima kekalahan apabila dia tidak mengucapkan tahniah atas kemenangan Maghribi yang mengalahkan pasukannya.

Tegasnya, kekalahan Maghribi menentang Perancis adalah lebih bermaruah kerana pasukan tersebut sempat mengucapkan tahniah kepada Perancis dengan kemenangan yang diraih mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Anda bercakap mengenai pemain berstatus bintang dan berpendapatan tinggi. Jika anda merasakan begitu, salah seorang pemain yang meninggalkan padang minggu lalu, iaitu Ronaldo, tidak mengucapkan tahniah kepada lawan selepas tamat perlawanan.
“Mereka (Maghribi) memenangi perlawanan itu dan melakukan sesuatu yang bersejarah tetapi dia (Ronaldo) tidak mempunyai maruah untuk mengucapkan tahniah kepada mereka atas apa yang sudah mereka capai.
“Sekarang anda lihat sikap mereka (pemain Maghribi) yang bersalaman dengan pemain Perancis. Maruah dan budi pekerti yang ditunjukkan mereka di sebalik kekalahan itu sangat hebat,” katanya yang memuji skuad bimbingan Walid Regragui.

Difahamkan, selepas Maghribi menewaskan Portugal pada perlawanan suku akhir, Ronaldo dilihat terus meninggalkan padang tanpa mengucapkan tahniah buat pasukan Maghribi bahkan, terus berjalan menuju ke terowong dan dilihat menitiskan air mata kerana kecewa.

Sumber: Harian Metro 

Nur Ain
Written By Nur Ain

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd