Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Tiga Tahap Simpanan Mengikut Gaya Hidup Diperkenalkan KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melancarkan Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA), bertujuan menyediakan panduan komprehensif untuk perbelanjaan bulanan serta mengemas kini tahap simpanan yang disyorkan daripada penanda aras simpanan satu tahap kepada kerangka simpanan tiga tahap.

Menurut laporan Majoriti, panduan ini bakal dilancarkan pada Januari 2026 yang membolehkan ahli menetapkan sasaran simpanan mengikut gaya hidup dan aspirasi persaraan berbeza.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, pelancaran panduan Belanjawanku 2024/2025 dan RIA adalah asas kepada tujuan KWSP dalam membina masa depan persaraan yang lebih baik untuk semua rakyat Malaysia.

Beliau berkata, panduan ini membantu rakyat Malaysia menghadapi cabaran dalam menguruskan perbelanjaan isi rumah, sementara KWSP menyediakan landasan untuk membina simpanan persaraan yang mencukupi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

KWSP perkenal inisiatif pastikan rakyat ada simpanan 20 tahun selepas bersara

Foto: Berita Harian

Foto: Astro Awani

“Berdasarkan Belanjawanku 2024/2025, seorang warga emas tiada pasangan memerlukan kira-kira RM2,690 sebulan (Pendapatan Persaraan Mencukupi) untuk mengekalkan taraf hidup yang munasabah semasa bersara.
“Sebagai gambaran, tahap simpanan yang berbeza akan diterjemahkan seperti berikut pada Umur Persaraan.
“Simpanan Asas (RM390,000) akan menyokong pengeluaran bulanan sebanyak RM1,625 di tahun satu, meningkat kepada RM4,434 menjelang tahun 20 manakala Simpanan Mencukupi (RM650,000) membolehkan pengeluaran bulanan bermula pada RM2,708 di tahun satu, meningkat kepada RM7,389 menjelang tahun 20.
“Sementara itu, Simpanan Dipertingkat (RM1.3 juta) pula menyediakan pengeluaran bulanan sebanyak RM5,417 di tahun satu, meningkat kepada RM14,779 menjelang tahun 20 untuk persaraan yang lebih selesa,” katanya.

Foto: Dagang News

Pendekatan ini menekankan kepentingan melihat simpanan KWSP sebagai sumber pendapatan berterusan, membantu ahli memahami simpanan yang mereka perlukan untuk menyara diri di usia persaraan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut KWSP, Rangka Kerja RIA dengan tiga tahap baharu iaitu Simpanan Asas, Simpanan Mencukupi dan Simpanan Dipertingkat menumpukan kepada konsep simpanan dan jaminan pendapatan persaraan.

Panduan Belanjawanku 2024/2025 boleh dimuat turun secara percuma dari laman web KWSP di www.kwsp.gov.my. Aplikasi Belanjawanku juga boleh dimuat turun secara percuma di Apple App Store, Google Play, dan Huawei App Gallery.

Sumber: Majoriti (Adriana Mroon Ambrose)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Leslywan Gemmy

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Ahli keluarga mahukan keadilan yang setimpal susulan penemuan mayat pemandu lori yang disumbat dalam bonet sebuah kereta Proton Waja, di Mersing pada Sabtu. Memetik...

Spotlight

Pelakon sensasi Kdrama, Park Sung-hoon sekali lagi menerima kecaman apabila memuat naik sebuah poster dipercayai parodi lucah drama bersiri ‘Squid Game’ di Instagram miliknya....

Spotlight

Lagu berjudul ‘Apa Sih’ nyanyian kumpulan popular Indonesia, Radja ditarik semula di platform penstriman muzik Spotify. Foto: YouTube Radja Band Menurut satu perkongsian di...

Dunia

Drama terhangat yang menjadi perbualan seluruh dunia kini, iaitu Squid Game musim kedua sekali lagi berjaya meraih perhatian khususnya rakyat Malaysia apabila tular sebuah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd