Tular baru-baru ini, seorang pekerja di China yang dipecat kerana tidur selama satu jam buat pertama kalinya selepas 20 tahun bekerja di sebuah syarikat kimia.
Memetik laporan NetEase, difahamkan pekerja bernama Zhang yang merupakan pengurus di syarikat tersebut telah kepenatan selepas memandu sehingga lewat malam pada hari sebelumnya.
Pekerja dipecat kerana tidur walaupun sudah berkhidmat 20 tahun
Susulan itu, keesokan harinya, Zhang memutuskan untuk tidur selama satu jam di tempat kerja disamping turut menandatangani borang yang disediakan oleh syarikat itu yang membenarkan tindakan itu.
Bagaimanapun, tindakan Zhang untuk tidur selama satu jam dianggap sebagai pelanggaran peraturan syarikat dan majikannya mengambil keputusan untuk menamatkan kontrak pengurus itu.
Artikel lain: Pihak Berkuasa Digesa Tangkap ‘Lelaki Bertelekung’ Tunai Umrah
Disebabkan itu, Zhang percaya tindakan syarikat itu menamatkan kontraknya tidak sah di sisi undang-undang lalu memfailkan saman di mahkamah terhadap syarikat berkenaan.
Akhirnya, mahkamah memutuskan bahawa syarikat tersebut telah melanggar undang-undang buruh negara dan memerintahkan mereka membayar pampasan 350,000 yang (RM215,000) kepada Zhang.
Sementara itu, orang ramai berpendapat tindakan syarikat itu terlalu kejam kerana Zhang sudah bekerja bersama mereka selama 20 tahun namun dipecat hanya kerana satu kesalahan.
Orang ramai menyokong tindakan Zhang dan percaya keputusan mahkamah adalah adil dan munasabah, memberikan perlindungan yang sepatutnya kepada pekerja.
Sumber: NetEase