Bintang Bollywood, Hrithik Roshan menafikan dia tinggal sebumbung bersama kekasihnya, Saba Azad seperti mana yang didakwa netizen sejak kebelakangan ini.
Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh pelakon yang berusia 48 tahun itu di laman Twitternya, dia menegaskan perkara tersebut adalah tidak benar sama sekali.
There is no truth to this.
As a public figure, I understand I'll be under the lens of curiosity, but it's best if we keep misinformation away, especially in our reportage, which is a responsible job. https://t.co/jDBQF0OvdL
— Hrithik Roshan (@iHrithik) November 20, 2022
“Tidak ada kebenaran dalam hal ini. Sebagai personaliti dikenali ramai, saya mengerti bahawa saya akan berada di bawah radar pemerhatian orang luar. Namun, sebaik-baiknya kita menjauhkan perkara yang salah dan mengelirukan seperti itu,” ujarnya.
Sekadar info, pasangan merpati dua sejoli itu tidak pernah menyembunyikan hubungan percintaan mereka kepada umum malah, kerap bertemu dengan media apabila hadir bersama di mana-mana majlis terkemuka.
Hrithik pernah mendirikan rumah tangga bersama bekas isterinya, Sussanne Khan pada 2014 namun belum lagi membuat keputusan untuk membina mahligai sekali lagi bersama Saba Azad dalam masa yang terdekat.
Sumber: Twitter @iHrithik