Mahkamah Rakyat Daerah Chaoyang Beijing telah menjatuhkan hukuman penjara selama 13 tahun kepada bekas ahli boyband K-Pop terkenal EXO, Kris WU apabila didapati bersalah atas jenayah merogol.
Bersalah atas dua tuduhan
Menerusi laporan dari Harian Metro merujuk kepada media tempatan, Kris yang berusia 32 tahun didapati bersalah atas dua kesalahan iaitu melakukan jenayah rogol dan mengumpulkan beberapa individu lain melakukan aktiviti seksual.
Dia dipenjara selama 11 tahun enam bulan atas dakwaan merogol dan 22 bulan pula untuk kesalahan aktiviti seksual yang dilakukan.
Lakukan jenayah di kediamannya
Difahamkan, ahli kumpulan EXO itu melakukan perbuatan seks bersama tiga wanita di kediamannya tanpa kerelaan mangsa ketika kesemua mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri kerana mabuk.
Kesemua jenayah dilakukan sekitar November hingga Disember 2020.
Terdahulu, Kris Wu turut didapati bersalah melakukan aktiviti seks bersama dua wanita selepas mereka mabuk di kediamannya pada Julai 2018.
Kris ditahan Chaoyang pada 31 Julai tahun lalu selepas didakwa memperdaya wanita untuk melakukan hubungan seks.
Dia juga juga didenda sebanyak 600 juta Yuan (RM375 juta) atas kesalahan mengelak membayar cukai menurut Perkhidmatan Cukai Perbandaran Beijing bagi Pentadbiran Percukaian Negeri.
Untuk rekod, Kris Wu pernah menyertai kumpulan EXO pada 2012 sebelum mengundurkan diri pada 2014 atas alasan tidak berpuas hati dengan kontrak bersama SM Entertainment.
Sumber: Harian Metro