Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dituduh Cederakan Junior, Pegawai Kadet UPNM Mengaku Tak Bersalah

Pegawai Kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) UPNM, Amirul Iskandar Ahmad Norhanizan, 22, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menekap seterika wap panas pada tubuh seorang pelatih junior pada dua minggu lalu.

Menurut laporan Sinar Harian, Amirul Iskandar mohon dibicarakan sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Egusra Ali.

Foto: Astro Awani

Berdasarkan pertuduhan, Amirul Iskandar didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Muhammad Salman Mohd Saiful Surash, 20, menggunakan seterika wap panas pada pukul 11.45 malam di ALK UPNM, Kem Sungai Besi di sini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pertuduhan dilakukan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau dengan denda atau sebatan, atau mana-mana daripada dua hukuman terbabit.

Foto: Astro Awani

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Sabri Othman menyatakan, menawarkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin berikutan jenis dan keseriusan kesalahan yang didakwa.

“Mangsa mengalami kecederaan lecur tahap kedua (second degree burns) di bahagian kanan dada.
“Selain itu, perbicaraan kes ini bakal membabitkan saksi rakan seasrama, jurulatih dan kes berkepentingan awam akan menjadi panduan kepada pelajar lain iaitu kesalahan membuli, bukan sahaja hukuman tetapi ikat jamin juga tinggi supaya peruntukan undang-undang ini tidak dipandang rendah sebagai peruntukan kesalahan ‘non bailable offence’,” jelasnya.

Foto: Carian Google

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mohd Sabri turut memohon arahan tambahan supaya tertuduh tidak mendekati saksi-saksi kes.

Amirul Iskandar yang tidak diwakili peguam memohon jaminan lebih rendah dengan alasan ibu bapanya adalah pesara kerajaan dan dia sendiri masih belajar.

“Saya berjanji untuk hadir di setiap prosiding perbicaraan,” katanya.

Mahkamah kemudian membenarkan jumlah jaminan ke atas tertuduh sebanyak RM20,000 dengan dua penjamin dan menetapkan 27 Disember untuk sebutan semula kes.

Ibu dan bapa tertuduh hadir untuk membayar jaminan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Sinar Harian

Pada 22 Oktober lalu,  mangsa mendakwa didatangi pegawai senior yang juga suspek sebelum mangsa diminta menggosok pakaiannya.

Bagaimanapun, Amirul Iskandar didakwa secara tiba-tiba mengambil seterika yang dipegang pengadu dan menekap bahagian dada sebelah kanan mangsa sebanyak satu kali.

Mangsa kemudiannya membuat laporan polis pada 1 November selepas mengalami kecederaan melecur di bahagian dada akibat daripada kejadian tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian (Noor Azlida Alimin)

Written By Leslywan Gemmy

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd