Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Insiden Letupan Di Lubnan, ATM Sahkan Enam Anggota MALBATT Cedera Ringan

Seramai enam anggota Batalion Malaysia (MALBATT) disahkan mengalami kecederaan susulan insiden letupan yang berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan.

Foto: AFP

Menurut kenyataan ATM, insiden letupan itu berlaku pada 7 November jam 7.54 malam bersamaan 1.54 tengah hari waktu Lubnan.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku ketika pasukan MALBATT 850-12 dalam perjalanan dari Beirut ke Kem Marakah apabila letupan yang menyasarkan sebuah kenderaan awam turut menjejaskan bas yang membawa anggota pasukan Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Akibat kejadian tersebut, seramai enam orang anggota MALBATT 850 mengalami kecederaan iaitu lima anggota melibatkan MALBATT 850-12 mengalami pelbagai cedera ringan termasuk seorang yang mengalami kecederaan di bahagian tangan dan seorang lagi melibatkan anggota MALBATT 850-11 yang juga mengalami cedera ringan.
“Anggota yang cedera di tangan telah segera dibawa ke Hospital Hamood di Saida untuk mendapatkan rawatan oleh Pegawai Perubatan MALBATT 850-11,” katanya

Foto: AFP

ATM menegaskan bahawa mereka akan terus memantau perkembangan situasi dengan teliti dan akan mengeluarkan kenyataan berkala mengenai insiden tersebut.

Dalam kenyataan akhir, ATM menekankan komitmen berterusan mereka dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan anggota yang sedang melaksanakan misi pengaman di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Tina Rahman

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan berkenaan kebakaran yang berpunca daripada percikan mercun dan bunga api di Dewan Arena Square, Jalan Raja, Teluk Intan,...

Lokal

Ahli Parlimen Dun Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsuddin membidas kenyataan berhubung kerugian yang ditanggung Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasioanal Berhad (PNB)...

Lokal

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menganjurkan Hari Eksport Kuala Lumpur (EDKL 2024) di Menara MATRADE Kuala Lumpur, bermula hari ini sehingga esok.  Program...

Sukan

Bekas pemain kebangsaan, Safee Sali berpendapat bahawa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan skuad Harimau Malaya memerlukan penglibatan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd