Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pusat Mediasi Komuniti Putrajaya Inisiatif Pupuk Perpaduan, Selesai Konflik Komuniti Secara Aman

Pusat Mediasi Komuniti Putrajaya (PMK) diwujudkan sebagai langkah proaktif untuk memupuk perpaduan serta menyediakan platform penyelesaian konflik secara aman dan berkesan dalam kalangan masyarakat.

Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad berkata sehingga kini, seramai 571 orang Mediator Komuniti berjaya ditauliahkan dan memberi khidmat secara sukarela tanpa apa-apa bayaran (probono).

Daripada jumlah tersebut, 33 Mediator Komuniti berada di Putrajaya sedia memberikan perkhidmatan mereka kepada warga di wilayah itu.

“Pusat Mediasi Komuniti Putrajaya adalah bukti komitmen kita dalam membina masyarakat yang harmoni, toleransi dan bersatu padu.
“Mediasi komuniti adalah salah satu cara yang efektif untuk menyelesaikan konflik atau perselisihan secara aman dan berhemah tanpa perlu melalui proses undang-undang yang rumit dan memakan masa.
“Melalui pendekatan mediasi, pihak-pihak bertelagah diberi ruang untuk berdialog, berbincang dan mencapai penyelesaian yang adil dan damai secara situasi menang-menang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pusat Mediasi Komuniti Putrajaya di Kuarters Perumahan Penjawat Awam 5R1, Presint 5, Putrajaya pada Selasa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Penubuhan pusat mediasi ini menjadi bukti komitmen pihak kerajaan dalam usaha memperkukuh perpaduan nasional melalui pendekatan yang lebih inklusif dan menyeluruh.

Sementara itu, selain menyelesaikan konflik secara aman dan berhemah antara individu atau kumpulan, PMK juga mewujudkan Ruang Dialog bagi mana-mana pihak yang terlibat dalam perselisihan faham.

Pihak-pihak ini boleh berdialog secara terbuka, dengan bantuan mediator yang berkecuali untuk mencari penyelesaian yang memuaskan hati semua pihak.

Dalam pada itu, proses mediasi juga mendidik masyarakat tentang pentingnya sikap toleransi daan persefahaman dalam menyelesaikan isu-isu yang timbul dalam masyarakat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada masa yang sama, PMK juga membantu mengurangkan beban yang ditanggung oleh sistem kehakiman negara, terutama bagi kes-kes kecil atau pertikaian yang boleh diselesaikan secara damai.

PMK juga menyediakan peluang untuk memperkukuhkan nilai-nilai perpaduan serta kerjasama di antara anggota masyarakat dengan pelbagai agensi melalui pelaksanaan aktiviti untuk meningkatkan kesejahteraan kejiranan.

“Sejak 2023 hingga kini, JPNIN telah mempunyai lapan PMK yang mana empat daripadanya adalah merupakan perluasan Pusat Mediasi Komuniti termasuklah di Putrajaya.
“Terdapat tiga jenis kategori PMK yang diusahakan Kementerian melalui JPNIN. Pusat-pusat ini ditubuhkan di peringkat Negeri, Daerah dan Komuniti melalui premis atau bangunan sedia ada Jabatan.
“Premis dan bangunan ini seperti di Pejabat Perpaduan Negeri, Kompleks Perpaduan, Pusat Aktiviti Perpaduan Di Daerah dan Pusat Rukun Tetangga,” ujarnya.

Pusat ini diharap dapat menggalakkan penyelesaian konflik yang lebih cepat dan kondusif dalam kalangan komuniti terutama kawasan pembangunan berstrata yang semakin pesat di Putrajaya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd