Suspek membunuh seorang wanita yang ditemui tanpa kepala di Jalan Tuna, Muara Baru, Jakarta Utara pada Selasa lalu telah ditahan polis.
Foto: KOMPAS.id
Menurut laporan KOMPAS.id, suspek yang membunuh ibu tunggal Sinta Handiyana, 40, itu merupakan teman rapat mangsa.
Ketua Perhubungan Awam Polis Daerah Metro Jaya, Pesuruhjaya Kanan Ade Ary Syam Indradi berkata, dalam tempoh kurang 24 jam, sepasukan gabungan Polis Pelabuhan Tanjung Priok dan Direktorat Kecil Jatanras menahan suspek, Fauzan Fahmi di rumahnya.
“Suspek ialah kawan rapat mangsa yang bekerja sebagai penyembelih lembu dan kambing atau penyembelih. Dia membunuh mangsa menggunakan pisau yang biasanya digunakan untuk memotong haiwan,” katanya.
Foto: Tribun Jakarta
Ade menyatakan motif pembunuhan masih dalam siasatan pihak polis dan sidang akhbar diadakan hari ini.
Dia dipercayai membunuh mangsa menggunakan pisau yang biasanya digunakan untuk memotong haiwan sembelihannya.
Berdasarkan keterangan anak mangsa, ibunya tidak pulang ke rumah sejak Ahad sehingga ditemukan mayatnya pada Selasa oleh seorang penduduk kampung.
Foto: Tribun Jakarta
Penduduk kampung yang mencurigai penemuan sebuah guni melaporkan kepada polis dan setelah diperiksa mayat seorang wanita berbalut guni, selimut dan kadbod ditemui tanpa kepala.
Sementara itu, Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Pelabuhan Tanjung Priok, Ajun Pesuruhjaya I Gusti Ngurah Putu Krisna Narayana berkata, pasukan gabungan itu bukan sahaja menahan pelaku, malah turut menemui sebahagian kepala mangsa dengan jarak antara badan dan kepala mangsa yang ditemui sekitar 600 meter.
Pihak polis masih menjalankan pemeriksaan terhadap suspek dan menunggu keputusan pemeriksaan daripada pihak perubatan forensik berkaitan.
Sumber: KOMPAS.id