Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Ria Ricis Percaya Dan Yakin, Individu Dalam Video Seks Tular Bukan Suaminya

Nama suami kepada pelakon tersohor Indonesia, Ria Ricis iaitu Teuku Ryan menjadi bualan hangat ramai apabila tersebarnya sebuah video seks di media sosial sejak awal bulan ini.

Berikutan itu, ramai peminat mula resah dan membanjiri media sosial aktres filem Sisterlillah The Movie bagi mendapatkan kepastian dan penjelasan daripadanya.

Lama mendiamkan diri, akhirnya selebriti berusia 27 tahun itu tampil memberi bersuara dan meminta orang ramai berhenti membuat sebarang spekulasi sehingga memburukkan lagi keadaan.

Memetik laporan DetikHot, Ria memberikan sindiran pedas buat netizen dengan mengatakan mereka yang suka bergosip sama sahaja dengan individu  memakan bangkai saudara sendiri

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Bergosip sama sahaja dengan memakan bangkai saudara sendiri,”katanya.

Tidak mudah melatah, Ria mengatakan video tular berkenaan sedikit pun tidak menjejaskan kepercayaannya terhadap suami.

“Sebenarnya komunikasi itu adalah kunci penyelesaian. Alhamdulillah dan InsyaAllah, Allah akan menjaga rumah tangga kita. Lebih percaya dengan pasangan sendiri, kenapa perlu meragui suami. Jadi, kita menerapkan kepercayaan pada pasangan,”ujarnya.

Tambahnya, dia yakin apa yang berlaku itu hanyalah ujian dalam rumah tangga mereka berdua sahaja.

“Dalam rumah tangga memang banyak ujian, tapi kita jalani sahaja. Alhamdulillah, setakat ini tiada yang berat. Cuma, jangan membayangkan pernikahan indah kerana semuanya tidak seindah apa yang kita fikirkan,”kata Ria.

Sekadar info, Ria Ricis dan Teuku Ryan mendirikan rumah tangga pada 2021 dan dikurniakan seorang bayi perempuan diberi nama Cut Raifa Aramoana, 3 bulan.

Sumber: detikhot

Advertisement. Scroll to continue reading.
+ posts

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan cedera parah selepas dipercayai dilanggar oleh pemandu mabuk pada Sabtu. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Persatuan...

Kolumnis

Malaysia sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 33.7 juta (DoSM, 2024). Daripada jumlah penduduk ini, generasi dan usia dibahagikan kepada beberapa lapisan iaitu...

Lokal

Seorang bayi perempuan baru dilahirkan ditemui berbalut dengan kain batik dalam kotak di atas jalan berhampiran Gua Tempurung di Gopeng, Ahad lalu. Memetik laporan...

Lokal

Empat dewan bedah di Pusat Jantung Hospital Serdang dilaporkan sudah tidak boleh digunakan kerana kesemuanya menghadapi masalah penyelenggaraan. Memetik laporan The Star, Hospital Serdang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd