Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Enam Kereta Elektrik Dari China, Hadiah Untuk Institusi TVET Bagi Pembelajaran

Enam kereta elektrik dari China akan diagihkan kepada institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia untuk dijadikan bahan pembelajaran amali pelajar institusi terbabit.

Menurut laporan Berita Harian, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara berkata, kereta itu merupakan hadiah daripada Beifang Automotive Education Group kepada Malaysia.

Foto: Berita Harian

“Kami merancang untuk mengagihkan masing-masing satu kenderaan elektrik (EV) ini kepada Automotive Center Institusi Kemahiran Tinggi Perda di Pulau Pinang dan Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) di Sarawak.
“Empat lagi kita akan agihkan kepada institusi TVET di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) termasuk GiatMARA, IKM (Institut Kemahiran MARA) dan beberapa yang lain,” katanya.

Beliau berkata, inisiatif berkenaan bertujuan membolehkan pelajar mendapat pendedahan teknologi baharu kenderaan elektrik yang semakin mendapat tempat dalam industri automotif, selain pendidikan berkaitan kenderaan konvensional.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: The Sun

Tambahan lagi, lebih 100 tenaga pengajar di negara ini telah dihantar ke China untuk mengikuti kursus automotif terbabit.

“Tempoh bagi semua tenaga pengajar menghadiri kursus berhubung automotif itu adalah antara tiga hingga enam bulan sahaja kerana ia bidang yang telah pun dipelajari mereka,” ujarnya.

Foto: Sinar Harian

Di samping itu, menerusi penambahan peruntukan TVET pada Belanjawan 2025 baru-baru ini, beliau akan berbincang dengan Beifang untuk menambah jumlah pelajar daripada pelbagai kaum di negara ini, mengikuti latihan di institusi itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kerjasama dengan Beifang International Education setakat ini menyaksikan lebih 2,000 pelajar dihantar ke China.

Sumber: Berita Harian

Written By Leslywan Gemmy

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), Datuk Nasiruddin Mohd Ali dan isteri, Azura Md Yusof, telah didakwa atas pertuduhan menjadi ahli...

Politik

Tindakan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pertikai isu PMX dan menjadikan nama Allah dan Rasul sebagai bahan sinis dan...

Sosial

Tular di media sosial, seorang pelancong dari China meluahkan rasa kesal ketika melancong di  Malaysia. Menurut perkongsiannya melalui laman Xiaohongshu, pelancong memberitahu dia tidak...

Nasional

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) komited melaksanakan hasrat kerajaan melalui Belanjawan 2025 berhubung bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Ia adalah sebagai...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd