Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

J-hope BTS Berjaya Tamat Latihan Ketenteraan, Bas Peminat Sambut Di Pangkalan

Bintang K-pop terkenal kumpulan BTS, J-hope berjaya menamatkan perkhidmatan latihan ketenteraan selama 18 bulan di Korea Selatan hari ini.

Foto: Barron’s

Menurut laporan Barron’s, tujuh ahli kumpulan lelaki paling popular itu berada dalam “hiatus” sejak 2022 kerana perkhidmatan ketenteraan mereka, yang diwajibkan oleh Korea Selatan untuk semua lelaki di bawah umur 30 tahun.

J-hope merupakan salah seorang dari tujuh ahli kumpulan tersebut telah menamatkan perkhidmatan ketenteraan wajib negara, selepas Jin menyelesaikan tugasannya Jun lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bintang berusia 30 tahun itu muncul dari pintu pangkalan tentera di bandar Wonju tengah Korea Selatan dengan seragam tentera dan dilihat tersenyum apabila disambut dari pintu pangkalan tenteranya.

Dia turut memeluk rakan sekumpulannya sebelum memberi hormat kepada wartawan dan peminat yang setia menunggu ketibaannya.

Foto: Barron’s

“Sepanjang satu tahun enam bulan lalu, saya menyedari bahawa ramai askar dalam tentera melakukan usaha dan pengorbanan yang besar untuk melindungi negara.
“Terima kasih banyak kerana menunggu saya, dan saya amat menghargai sokongan padu dan kasih sayang yang anda tunjukkan,” katanya kepada peminat, sebelum menaiki kenderaan.

Foto: Barron’s

Advertisement. Scroll to continue reading.

Di luar pangkalan, peminat telah menggantung sepanduk berwarna-warni untuk mengalu-alukan bintang itu kembali ke kehidupan sebagai selebriti.

Sekumpulan peminat dari Jepun turut menyewa bas untuk sampai ke unit tentera, yang terletak kira-kira 100 km dari Seoul manakala seorang influencer Brazil, Fernanda Polo yang tinggal di Seoul mengatakan dia menunggu J-hope sejak pukul 5 pagi.

Empat anggota BTS yang lain dikatakan telah memulakan latihan ketenteraan wajib mereka sejak Disember tahun lalu, dan dijangka akan berkumpul semula pada tahun depan setelah semua ahli menamatkan perkhidmatan ketenteraan masing-masing.

Sumber: Barron’s

Advertisement. Scroll to continue reading.

Avatar
Written By Tina Rahman

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Pemimpin kanan Bersatu, Mas Ermieyati Samsudin mempersoal kanyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kunjungan 165 kadet Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di...

Sosial

Seorang pembantu rumah Indonesia melahirkan anak secara tiba-tiba di kediaman majikannya sehingga mengejutkan keluarga tersebut baru-baru ini. Foto: Facebook Menurut laporan New Straits Times,...

Sukan

Skuad futsal Malaysia ditewaskan 0-6 oleh Indonesia yang berada di kedudukan ke-28 dunia pada aksi persahabatan yang berlangsung di Gor Among Rogo, Yogyakarta, semalam....

Lokal

Sejumlah mata wang asing bernilai kira-kira RM5 juta ditemukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika menggeledah sebuah pangsapuri di ibu negara, yang didakwa dijadikan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd