Pasangan beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani menolak andaian keletihan punca ditunjukkan jalan keluar daripada saingan Kejohanan Badminton Terbuka Denmark, semalam.
Juara Terbuka China itu tumpas di tangan pasangan Thailand, Kittinupong Kedren-Dechapol Puavaranukroh dalam pertarungan straight set di Odense.
Menurut laporan Sinar Harian, pasangan nombor lapan dunia itu bagai serba tak kena memulakan set pertama dengan langkah kiri apabila tewas 13-21 pada kejohanan berstatus Super 750 itu.
Foto: Harian Metro
“Kepenatan bukan alasan kekalahan hari ini. Sebenarnya itu bermaksud kami perlu memperbaiki terutama dari segi fizikal dan mental,” katanya.
Sebaliknya, Sze Fei akui lawan nyata lebih baik daripada yang disangka.
“Lawan kami bermain lebih baik hari ini,” kata Sze Fei menerusi rakaman audio dikongsi Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
Sze Fei-Nur Izzuddin cuba mengubah rentak permainan pada permainan kedua, namun corak bertahan dan serangan pasangan lawan menyukarkan mereka.
Foto: Utusan Malaysia
Kittinupong-Dechapol mengesahkan kemenangan 21-13 pada pertemuan pertama mereka di pentas antarabangsa.
Sze Fei-Nur Izzuddin pada Ahad muncul juara Terbuka Artik setelah menewaskan beregu nombor dua dunia dari Denmark, Kim Astrup-Skarup Rasmussen 15-21, 21-15, 21-19.
Pasangan profesional negara itu akan berdepan sama ada pilihan ketiga dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Jeong Na Eun atau Ruttanapak Oupthong-Jhenicha Sudjaipraparat dari Thailand yang beraksi dalam satu lagi perlawanan.
Sumber: Sinar Harian