Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Disney Batalkan Projek Pirates Of The Caribbean Lakonan Margot Robbie

Pelakon Margot Robbie yang dikatakan menjadi watak utama dalam filem Pirates of the Caribbean (POTC) nampaknya tidak kesampaian apabila projek itu dikatakan telah dibatalkan oleh Disney.

Ujar Margot menerusi sebuah bersama bersama Vanity Fair,  filem female-focused Pirates of the Caribbean sudah membuat perbincangan akhir namun, tiada kata putus yang dilakukan sama ada mahu meneruskan atau tidak.

“Kami mempunyai idea untuk hasilkan filem ini di mana perempuan akan memegang peranan utama; sebuah filem yang baharu (tidak mempunyai hubungan dengan filem POTC sebelum ini) dan ia sangat menarik.
Tetapi saya rasa mereka (Disney) tidak mahu hasilkannya,” kata Margot.

Dua tahun lepas, tersebar satu khabar angin dimana Margot akan membintangi siri POTC dimana penulis skrip adalah Birds Of Prey, Cristina Hodson.

Dalam filem itu yang memperkenalkan perempuan akan memegang watak utama berbanding siri POTC sebelum ini, ia akan membawa satu jalan cerita dan watak yang baharu untuk disajikan kepada umum.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sekadar info, nama Johnny Depp sangat sinonim dalam filem POTC dimana dia telah memegang watak Jack Sparrow yang merupakan watak utama dalam filem tersebut.

Malah, penglibatan Johnny Depp dalam 5 filem POTC telah berjaya membuat kutipan seluruh dunia USD4.524 bilion. Persoalannya, mampu kah POTC diteruskan tanpa ‘tiang’ utama iaitu Johnny Depp?

Sumber: Vocket (Azam A)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By Nur Ain

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Penyanyi runut bunyi anime, Sayuri meninggal dunia 20 September lalu pada usia 28 tahun, hanya enam bulan selepas berkahwin dengan suaminya, Amaarashi. Menerusi satu...

Sosial

Seorang pegawai polis dari Thailand cakap Bahasa Melayu untuk menasihati rakyat Malaysia yang melawat negara itu sentiasa membawa lesen memandu tidak kira lesen memandu...

Spotlight

Baru-baru ini, pelakon terkenal Indonesia, Raffi Ahmad  menerima gelaran doktor honoris causa atau doktor kehormat dari Universal Institute of Professional Management (UIPM) di Thailand....

Lokal

Muhammad Amir Hakimi Sabari, anak kepada pesara Felcra, Sabari Baharom yang disyaki dibunuh dengan cara dicampak ke dalam Sungai Padang Terap, Jitra akui kenal...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd