Penyanyi tersohor Indonesia, Dhani Ahmad Prasetyo atau lebih mesra dikenali dengan nama Ahmad Dhani mendedahkan bakal menerima menantu perempuan pada tahun depan.
Penyanyi atau komposer lagu Dewa 19, 52, tersebut tanpa ragu membongkarkan berita perkahwinan anak sulungnya, iaitu Al Ghazali, 27, melalui satu tayangan di YouTube Official iNews, ketika ditemu ramah baru-baru ini.
Foto: Kosmo Digital
Menurut penyanyi lagu Pupus tersebut, anak sulung dan bakal menantunya akan melangsungkan perkahwinan mereka pada tarikh yang amat cantik, iaitu 25 Mei 2025.
Perkahwinan itu berkemungkinan bakal berlangsung di luar negara, iaitu di Timor-Leste.
“Belum tahu, di luar negeri ya? Timor-Leste mungkin?” jawab Ahmad Dhani.
Foto: Tabloid Nyata
Suami kepada Mulan Jameela itu juga turut mengungkapkan bahawa anak kedua dan bongsunya, Ahmad El Jallaludin Rumi dan Ahmad Abdul Qodir Jaelani juga bakal berkahwin pada tahun depan, cuma berbeza bulan sahaja.
Foto: Fimela
“Ketiga-tiganya tahun depan, hanya beda bulan saja,” ucap Ahmad Dhani dalam video tersebut.
Al Ghazali sudah melamar kekasihnya, Alyssa Daguise, di Danau Como, Itali, pada 21 September lalu.
Al Ghazali dan Alyssa sudah lama menjalin hubungan kekasih selama lapan tahun lebih dan sempat diwarnai dengan drama putus cinta mereka berdua selama dua kali.
Difahamkan Alyssa, 26, keturunan Perancis, merupakan seorang model dan pelakon yang banyak bekerjasama dengan jenama terkenal dunia seperti Christian Louboutin, Dior, Prada, Celine dan Louis Vuitton.
Sumber: Youtube Official iNews, Fimela, Liputan 6