Wanita yang merempuh dua motosikal sehingga menyebabkan tiga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun maut direman selama empat hari.
Foto: Harian Metro
Menurut laporan Harian Metro, perintah tahanan dikeluarkan oleh Majistret Nur Amira Fatihah Osman terhadap wanita berusia 49 tahun itu selepas mendapat permohonan polis di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.
Suspek dipercayai mengalami masalah mental yang memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CRV ketika kejadian disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Foto: Facebook Zambry Abd. Kadir
Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Terengganu Datuk Wan Rukman Wan Hassan berkata, pemandu wanita tersebut disyaki melanggar dua motosikal ditunggang oleh empat penuntut yang dikatakan dalam perjalanan pulang ke kampus.
Tiga mangsa yang maut dikenali sebagai Khairil Anwar Jamaludin, Ku Adib Aizad Ku Azmi, masing- masing berusia 20 tahun dan Mohd Akmal Tukirin, 25 tahun manakala seorang lagi mangsa parah dikenali sebagai Amar Danish Mohd Ridwan, 20.
Sumber: Harian Metro (Nazdy Harun)