Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Pasukan Malbatt Di Lubnan Dalam Keadaan Selamat – Khaled

Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-11 yang bertugas di Lubnan berada dalam keadaan selamat tanpa sebarang kehilangan nyawa atau kerosakan aset susulan serangan rejim zionis di selatan negara tersebut.

Foto: Kosmo!

Menurut laporan Malaysia Gazette, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan bahawa semua pasukan di bawah UNIFIL, termasuk MALBATT 850-11 telah diarahkan untuk menghentikan operasi rondaan dan pergerakan logistik buat masa ini.

Markas UNIFIL telah mengaktifkan prosedur perlindungan bunker sebagai langkah keselamatan sehingga keadaan kembali terkawal.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Mengambil kira keselamatan petugas, Markas UNIFIL telah mengaktifkan perlindungan di dalam kubu (bunker drill) mengikut prosedur yang telah ditetapkan sehingga keadaan terkawal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Foto: Sinar Harian

Beliau berkata, pemantauan berterusan sedang dilakukan oleh Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Anggota Pertahanan Malaysia (ATM) terhadap keadaan di Selatan Lubnan dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

“Penarikan balik anggota pasukan ke Malaysia akan bergantung kepada kelulusan UNIFIL berdasarkan penilaian tahap keselamatan dan ancaman di kawasan tersebut,” ujarnya.

Konflik di Lubnan semakin teruk apabila Israel melancarkan siri serangan udara paling ganas dalam sejarah negara itu sejak 23 September lalu.

Dalam perkembangan terbaru, seramai 50 orang dilaporkan terkorban dan 156 cedera akibat serangan udara Israel ke atas pelbagai kawasan di Lubnan dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: MalaysiaGazette (Shawaliah Hadir)

Avatar
Written By Tina Rahman

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

46 individu termasuk 37 kanak-kanak maut akibat lemas ketika melakukan upacara mandi ritual semasa satu perayaan Jivitputerka di beberapa daerah di Bihar, Timur India...

Lokal

Jenama kecantikan terkemuka Indonesia, Mustika Ratu berhasrat merancakkan lagi perniagaan produk mereka di platform media sosial sekali gus dapat memikat hati golongan muda. Mustika...

Spotlight

Penyanyi runut bunyi anime, Sayuri meninggal dunia 20 September lalu pada usia 28 tahun, hanya enam bulan selepas berkahwin dengan suaminya, Amaarashi. Menerusi satu...

Sosial

Seorang pegawai polis dari Thailand cakap Bahasa Melayu untuk menasihati rakyat Malaysia yang melawat negara itu sentiasa membawa lesen memandu tidak kira lesen memandu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd