Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Ahli GISBH Didakwa Ugut Bekas Jemaah – “Mohon Ikat Jamin Rendah, Saya Ada 3 Isteri, 10 Anak”

Lelaki tiga isteri yang merupakan ahli kumpulan Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) didakwa di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Rabu atas pertuduhan melakukan ugut jenayah terhadap bekas ahli jemaah organisasi itu awal bulan ini.

Memetik laporan Harian Metro, Mohamad Riza Makar, 39, yang juga merupakan bapa kepada 10 anak bagaimanapun mengakut tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Afiq Hasan.

“Faham, tidak mengaku bersalah,” katanya.

Ahli GISBH didakwa ugut bekas jemaah

Foto: Bernama

Sementara itu, menurut pertuduhan, ahli perniagaan itu didakwa menakutkan secara jenayah terhadap seorang wanita berusia 25 tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tertuduh telah mengeluarkan kata-kata, ‘Kita tunggu, kami tahu dekat mana rumah, suami dan keluarga’ terhadap wanita tersebut.

Kata-kata itu dengan niat hendak menyebabkan kegentaran kepada wanita berkenaan yang enggan menarik balik laporan polis yang dibuatnya.

Kesalahan itu dilakukan di tempat letak kenderaan sebuah kompleks pejabat di Presint 4 di Putrajaya pada jam 10 malam, 9 September 2024.

Oleh itu, Mohamad Riza telah didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum dua tahun, atau denda, atau dengan kedua-duanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Berita Harian

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sabri Othman menawarkan jaminan sebanyak RM30,000 ke atas tertuduh dengan dua orang penjamin.

Selain itu, beliau turut mencadangkan supaya tertuduh tidak mendekati atau menghubungi pengadu disamping menyerahkan pasport antarabangsa kepada pihak mahkamah.

Dalam pada itu, Mohd Sabri juga mencadangkan tertuduh melaporkan diri ke balai polis sekali setiap bulan sebagai syarat tambahan jaminan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, peguam mewakili Mohamad Riza iaitu Zulfikri Ulul Azmin menyifatkan tawaran jaminan oleh pihak pendakwaan itu tidak wajar dan terlalu tinggi.

Zulfikri kemudian memohon supaya anak guamnya dibenarkan jaminan pada kadar minimum atas alasan mempunyai tanggungan ramai.

Ahli GISBH Didakwa Ugut Bekas Jemaah

Foto: Harian Metro

“Tertuduh berniaga sendiri dengan pendapatan RM4,000 sebulan dan mempunyai tiga isteri serta menanggung 10 anak.
“Mohon mahkamah turut mengambil kira bahawa tertuduh tiada risiko melarikan diri dan memberikan kerjasama penuh sepanjang siasatan pihak polis,” ujarnya.

Tambah Zulfikri, anak guamnya tiada kaitan dengan GISBH seperti yang dilaporkan media massa dan dia hanya terpalit dengan siasatan yang sedang dijalankan terhadap organisasi itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“OKT tiada kepentingan dalam GISBH, anak guam berniaga sendiri dan mempunyai rangkaian bisnes bersama GISBH, terpalit dengan siasatan dijalankan,” katanya.

Bagaimanapun, perkara itu dibantah oleh Mohd Sabri yang mengesahkan tertuduh dalam rakaman percakapan kepada polis mengakui sebagai ahli GISBH.

Sebelum Ahmad Afiq membenarkan jaminan, tertuduh kemudian memohon supaya diberikan jaminan rendah memandangkan salah seorang isterinya baru sahaja melahirkan anak sebulan lepas selain pendaftaran bayi itu belum dibuat.

“Memandangkan sekarang cuti sekolah, saya perlu berdepan dengan 10 anak untuk menyediakan wang bagi persiapan sekolah akan datang,” rayunya.

Mendengar hujah kedua-dua pihak, Ahmad Afiq membenarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin.

“Syarat tambahan supaya tidak mengganggu, menghampiri dan menghubungi pengadu sepanjang kes berjalan dan lapor diri di balai polis berdekatan pada minggu pertama,” katanya yang kemudian menetapkan 18 Oktober ini untuk sebutan kes.

Sumber: Harian Metro (Suraya Roslan)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok yang sedang disiasat polis susulan kenyataannya berkenaan pensijilan halal telah mengadakan jumpa dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan...

Bisnes

99 Speed Mart Retail Holdings Bhd yang baru disenaraikan di Bursa Malaysia baru-baru ini pertahan struktur imbuhan syarikat dengan menjelaskan bahawa jumlah gaji yang...

Bisnes

Tupperware Brands sedang bersiap untuk fail bankrap seawal minggu ini susulan saham syarikat itu jatuh sebanyak 15.8 peratus kepada 43 sen selepas waktu dagangan....

Lokal

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memberi komen ringkas mengenai siasatan kes Op Global yang membabitkan Global...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd