Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

500 Usahawan Tani Hadir Ke KUAM 2024 Bantu KPKM Capai Agenda Keterjaminan Makanan

Seramai 500 usahawan tani menghadiri Konvensyen Usahawan Agro MADANI (KUAM) 2024 di Universiti Putra Malaysia (UPM) di Serdang pada Khamis.

Ia sempena Pameran Pertanian Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024 sekali gus dapat menyatakan komitmen mereka bagi membantu Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mencapai agenda keterjaminan makanan.

Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pihak kerajaan akan sentiasa membantu usahawan dalam meningkatkan perniagaan sehingga ke peringkat antarabangsa.

“Kerajaan Malaysia MADANI sememangnya sentiasa memberi tumpuan untuk membangunkan usahawan bagi menjana aktiviti ekonomi domestik malah sehingga ke peringkat global,” katanya dalam satu kenyataan.

Penganjuran konvensyen tersebut adalah salah satu elemen di bawah program Khidmat Pemasaran Ladang Kontrak (KPLK) yang merupakan program kerjasama antara pemasar dan pengeluar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ia platform untuk mengumpul usahawan bertukar maklumat dan membina rangkaian, selain memperkukuh kerjasama dalam usaha menjaga keterjaminan makanan negara.

Untuk makluman, program KPLK  diperkenalkan bagi menjamin pasaran, meningkatkan pengeluaran buah-buahan, sayur-sayuran di pasaran tempatan.

Sejak diperkenalkan pada Januari 2021 sehingga 31 Ogos lalu, KPLK berjaya mengumpul 4,687 peserta dengan kuantiti padanan 160,481 tan metrik bernilai RM300 juta.

Manakala bagi tahun 2024 sahaja, 549 peserta telah menyumbang 17,150 tan metrik dengan nilai RM41.5 juta sehingga 31 Ogos lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada majlis sama, Mohamad Sabu menyampaikan cek cura geran insentif pemasaran dan pertukaran dokumen perjanjian jual beli bernilai RM2,055,000.

Majlis turut dihadiri Ketua Setiausaha KPKM, Datuk Lokman Hakim Ali; Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) KPKM, Datuk Badrul Hisham Mohd; Pengerusi FAMA Aminuddin Zulkipli dan Ketua Pengarah FAMA Abdul Rashid Bahri.

Avatar
Written By Tina Rahman

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok yang sedang disiasat polis susulan kenyataannya berkenaan pensijilan halal telah mengadakan jumpa dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan...

Bisnes

99 Speed Mart Retail Holdings Bhd yang baru disenaraikan di Bursa Malaysia baru-baru ini pertahan struktur imbuhan syarikat dengan menjelaskan bahawa jumlah gaji yang...

Bisnes

Tupperware Brands sedang bersiap untuk fail bankrap seawal minggu ini susulan saham syarikat itu jatuh sebanyak 15.8 peratus kepada 43 sen selepas waktu dagangan....

Lokal

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memberi komen ringkas mengenai siasatan kes Op Global yang membabitkan Global...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd