Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Atlet Paralimpik Raih Pingat Terima Tajaan Umrah & Kembara Ke Korea Selatan

Atlet paralimpik negara yang berjaya meraih pingat pada Sukan Paralimpik Paris 2024 terima tajaan pakej umrah dan kembara Korea Selatan daripada Ikhlas Com Travel & Umrah Sdn Bhd (ikhlas.com) susulan kejayaan mereka mengharumkan nama negara.

Memetik laporan Harian Metro, penajaan itu diberikan kepada atlet-atlet ini bagi menunjukkan sokongan ikhlas.com kepada wira negara ini.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Pegawai Pemasaran ikhlas.com, Fara Hasan berkata mereka berbesar hati dapat meraikan kejayaan atlet paralimpik yang banyak berkorban masa dan tenaga demi mengharumkan nama negara di persada dunia.

“Sebagai platform sehenti gaya hidup dan kembara mesra Muslim, ikhlas.com menaja atlet-atlet Paralimpik yang membawa pulang pingat dan jurulatih mereka yang memainkan peranan penting dalam kejayaan ini.
“Kami dengan ini mengumumkan tajaan pakej ikhlas.com Umrah untuk atlet dan jurulatih Paralimpik beragama Islam sementara yang bukan Islam pula akan menerima tajaan pakej kembara ke Korea Selatan bersama ikhlas.com Travel,” katanya.

Atlet paralimpik raih pingat terima tajaan umrah dan kembara ke Korea Selatan

atlet paralimpik terima tajaan

Foto: Berita Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Kelayakan FIFA 2026: Jordan Tewaskan Palestin 3-1

Pada 13 Ogos lalu, ikhlas.com telah menunaikan hasrat atlet berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom untuk membawa ibu bapanya menunaikan umrah walaupun gagal meraih kemenangan menerusi acara keirin di Sukan Olimpik Paris 2024.

Dilancarkan sewaktu pandemik pada Oktober 2020, ikhlas.com adalah platform kembara dan gaya hidup Muslim direka khusus untuk membantu umat Islam melaksanakan tanggungjawab mereka dengan mudah.

Selain ikhlas.com Umrah dan tawaran pelancongan halal dengan usahasama syarikat penerbangan subsidiari, AirAsia X, ikhlas.com turut memudahkan umat Islam melaksanakan ibadah Zakat, Sadaqah, Aqiqah, Fidyah dan Qurban.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Berita Harian (Ferzalfie Fauzi)

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

99 Speed Mart Retail Holdings Bhd yang baru disenaraikan di Bursa Malaysia baru-baru ini pertahan struktur imbuhan syarikat dengan menjelaskan bahawa jumlah gaji yang...

Lokal

Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok yang sedang disiasat polis susulan kenyataannya berkenaan pensijilan halal telah mengadakan jumpa dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan...

Lokal

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memberi komen ringkas mengenai siasatan kes Op Global yang membabitkan Global...

Bisnes

Tupperware Brands sedang bersiap untuk fail bankrap seawal minggu ini susulan saham syarikat itu jatuh sebanyak 15.8 peratus kepada 43 sen selepas waktu dagangan....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd