Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Bendung Penyakit, Kerajaan Akan Tingkatkan Kadar Cukai Minuman Bergula

Kerajaan akan mempertingkatkan kadar cukai minuman bergula (SSB) dalam usaha membendung penyakit berkaitan gula.

Foto hiasan

Menurut laporan Berita TV3, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Zulkifli Ahmad berkata, kadar kenaikan tersebut akan diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2025 pada bulan depan.

Foto: Berita Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata, kenaikan cukai sebanyak 50 sen ke atas minuman bergula sebelum ini didapati mencapai matlamatnya.

“Pada Januari, kita mendapat satu bukti bahawa pengurangan sebanyak 9.9 peratus menunjukkan keberkesanan program kami itu,” katanya.

Kerajaan akan lebih meneliti sistem penilaian nutrisi bagi memastikan produk makanan digred bergantung kepada kandungan gula.

Sebagai rekod Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2023, hampir 3.6 juta rakyat Malaysia menghadapi diebetes ketika ini.

Lebih daripada setengah juta rakyat yang hidup dengan empat jenis penyakit iaitu diabetes, hipertensi, kolesterol tinggi dan juga obestiti.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, kadar duti eksesais bagi minuman bergula dinaikkan daripada 40 sen kepada 50 sen untuk 100 milimiter (ml), pada tahun ini.

Memetik laporan Malaysia Gazette pula, dasar itu meliputi minuman bergas dan gula minuman tidak beralkohol lain dengan nilai ambang yang sama.

Sumber: YouTube Buletin TV3, Malaysia Gazette (Akhbar Cina)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Avatar
Written By Tina Rahman

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

99 Speed Mart Retail Holdings Bhd yang baru disenaraikan di Bursa Malaysia baru-baru ini pertahan struktur imbuhan syarikat dengan menjelaskan bahawa jumlah gaji yang...

Lokal

Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok yang sedang disiasat polis susulan kenyataannya berkenaan pensijilan halal telah mengadakan jumpa dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan...

Lokal

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memberi komen ringkas mengenai siasatan kes Op Global yang membabitkan Global...

Bisnes

Tupperware Brands sedang bersiap untuk fail bankrap seawal minggu ini susulan saham syarikat itu jatuh sebanyak 15.8 peratus kepada 43 sen selepas waktu dagangan....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd