Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Abdul Latif Reda Raih Perak, Nekad Berjuang Di Paralimpik LA 2028

Jaguh lompat jauh para negara, Datuk Abdul Latif Romly terpaksa akur menamatkan saingan pada temasya Sukan Paralimpik Paris 2024 dengan pingat perak di Stade de France, awal pagi semalam.

Foto: BERNAMA

Menurut laporan Kosmo!, ramai yang tidak mengetahui juara dunia empat kali itu bergelut dengan masalah kecederaan pada aksi final lompat jauh T20 (kecacatan intelektual).

Beliau menjelaskan bahawa dirinya terpaksa menahan kesakitan di bahagian abdomen sepanjang perlawanan akhir tersebut dengan lompatan terbaiknya hadir pada percubaan kedua dengan catatan 7.45 meter (m).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Facebook Paralympic Council Malaysia

“Itulah orang kata adat pertandingan, memang apa sahaja boleh berlaku. Percubaan terakhir itu memang sangat mencabar dan mendebarkan. Kita hanya buat yang terbaik sahaja dan saya tidak terlalu kecewa.
“Ketika menjalani latihan Rabu lalu, saya rasa seperti ada ‘tertarik’ di bahagian bawah tulang rusuk kiri dan memang rasa sakit. Itu memang menjejaskan aksi kerana nak buat larian pun susah,” katanya.

Foto: Facebook Paralympic Council Malaysia

Hasrat Abdul Latif untuk mencatat hatrik tidak kesampaian untuk mengekalkan pingat emas yang dimenangi dalam dua edisi sebelum ini apabila atlet Rusia, Matvei lakushev yang bertanding atas tiket Atlet Paralimpik Neutral mendapat pingat emas menerusi lompatan 7.1 m manakala gangsa dimenangi Jhon Obando dari Colombia dengan 7.38m.

Bagaimanapun, atlet berusia 27 tahun itu sekurang-kurangnya dapat memperbaiki catatan terbaik musim ini menerusi rekod terbaharunya seterusnya memadam catatan 7.30m yang dilakukan ketika memenangi pingat emas pada Kejohanan Olahraga Paralimpik Dunia di Kobe, Mei lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Memang saya dan jurulatih sudah jangka dia (Iakushev) merupakan pencabar terdekat kerana atas kertas, dia memang nombor satu untuk tahun ini. Bila dah terkena (sakit), memang keyakinan turun sedikit.
“Tidak ada rezeki di sini, mungkin Allah nak bagi saya bangkit lebih kuat pada Paralimpik Los Angeles (LA) 2028 nanti untuk lakukannya. Saya reda dengan apa yang berlaku,” ujar Abdul Latif.

Sumber: Kosmo! (Muhammad Helmee Ramli)

Avatar
Written By Tina Rahman

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

99 Speed Mart Retail Holdings Bhd yang baru disenaraikan di Bursa Malaysia baru-baru ini pertahan struktur imbuhan syarikat dengan menjelaskan bahawa jumlah gaji yang...

Lokal

Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok yang sedang disiasat polis susulan kenyataannya berkenaan pensijilan halal telah mengadakan jumpa dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan...

Bisnes

Tupperware Brands sedang bersiap untuk fail bankrap seawal minggu ini susulan saham syarikat itu jatuh sebanyak 15.8 peratus kepada 43 sen selepas waktu dagangan....

Lokal

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memberi komen ringkas mengenai siasatan kes Op Global yang membabitkan Global...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd