Penyanyi terkenal Indonesia, Tegar Septian sekali lagi berdepan dengan krisis kewangan apabila dia dihalau keluar dari rumah sewanya kerana gagal membuat bayaran bulanan.
Bukan dia sahaja dihalau, bahkan ibu bapanya turut terkesan dengan krisis tersebut dan mereka semua diminta menggosongkan rumah berkenaan kerana mahu diberikan kepada penyewa baharu.
Menerusi hantaran di laman InstaStory milik penyanyi berusia 22 tahun itu, dia meluahkan rasa kasihan akan nasib menimpa ibu bapanya sekiranya dia gagal melunaskan duit sewa rumah.
“Aku kasihan sama orang tua aku. Kalau aku tak boleh bayar, orang tua aku nak tidur di mana? Dan, keluarga aku, ya Allah,”tulisnya.
Tegar juga berkongsi tangkap layar yang mendedahkan ibunya juga menahan kelaparan sejak beberapa hari lalu disebabkan mereka menghadapi masalah kewangan.
Dalam masa sama, Tegar yang juga bekas peserta Big Stage 2022 juga menjelaskan punca dia berdepan dengan situasi getir itu adalah disebabkan sering ditipu dan tidak menerima bayaran royalti kerjaya seninya.
“Maaf, bukannya apa. Aku begini kerana selalu sahaja ditipu. Harap kalian faham dengan apa yang aku cuba sampaikan. Aku juga masih belum menerima bayaran royalti sepenuhnya,”tulisnya,
Selain itu, Tegar yang pernah popular dengan lagu berjudul Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang juga dilihat sedang berjalan-jalan di sebuah jalan yang sunyi tanpa sebarang arah tuju.
Sumber: Instagram @hardcore_official